Languages: Others

59 permohonan SMEEF 2.0 akan diselesaikan sebelum Aidilfitri – Noh Omar

Orang ramai tidak melepas peluang membawa seisi keluarga keluar membeli belah bagi melakukan persiapan perayaan Aidilfitri pada hari cuti hujung minggu ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MUHD NA'IM, 23 APRIL 2022.
 

KUALA LUMPUR – Pengagihan Bantuan Dana Kecemasan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEEF 2.0) akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil pertemuannya bersama Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) pada Rabu lalu.

“Untuk bantuan SMEEF 2.0 yang menguruskan tanpa faedah RM100,000 dengan moratorium setahun itu, sedang dalam proses untuk pembayaran. Setakat ini 59 daripada 145 permohonan telah diluluskan pihak SME Corp.

“Bantuan ini mengambil masa sedikit kerana ia merupakan pinjaman dan terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi dan pembayaran bantuan kepada PKS yang layak ini akan dilaksanakan oleh MIDF.

“Insyallah saya yakin dengan peruntukan bantuan ini akan dapat diagihkan dengan secepat mungkin kepada PKS,” katanya ketika melawat gerai di Festival StarVendors Mega Raya, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), hari ini.

Tambah Noh, kedua-dua pihak telah diarah untuk mempermudahkan urusan agar bantuan tersebut dapat disampaikan kepada PKS.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bantuan RM3,000 kepada usahawan yang dikenal pasti terjejas banjir menerusi Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) telah selesai diagihkan.

“Alhamdulilah untuk bantuan RM50 juta yang diperuntukkan kepada para usahawan mangsa banjir telah selesai. Kita bagi bantuan RM3,000 kepada mereka yang dikenal pasti terjejas banjir menerusi Geran BBKM di seluruh negara.

“Selain itu, geran bantuan membabitkan peruntukan RM50 juta yang diuruskan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga telah berjaya disalurkan kepada mereka yang terkesan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US