Languages: Others

KUSKOP sedia bantu penggerak industri perbukuan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membuka pintu seluas-luasnya untuk membantu usahawan industri perbukuan, khususnya selepas menempuh tempoh dua tahun yang suram akibat pandemik COVID-19.

Suasana pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

© Provided by Berita HarianSuasana pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - NSTP/ASYRAF HAMZAH
Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata KUSKOP mempunyai memiliki 11 agensi yang boleh menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada pemain industri perbukuan, sama ada dalam bentuk pinjaman mahupun geran.

Beliau turut mengingatkan pemain industri perbukuan yang menjadi mangsa banjir tampil bertemu kementeriannya untuk mendapatkan bantuan khas kepada usahawan yang terkesan dengan bencana itu.

"Di kementerian saya ada 11 agensi, dan memang ada syarikat percetakan yang mendapat bantuan KUSKOP. Daripada 11 agensi ini, hampir semuanya memberikan pinjaman.

"Jika nak pinjam tidak lebih RM100,000 boleh berjumpa TEKUN Nasional. Nak pinjam tidak lebih RM10 juta boleh berjumpa PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad), atau nak lebih lagi boleh berurusan dengan SME Bank atau Bank Rakyat.

"Ada satu agensi yang beri geran. Ada kilang percetakan terima geran kita dalam bentuk peralatan seperti mesin percetakan dan pengiklanan di bawah SME Corporation dengan kadar maksimum RM500,000.

"Saya mengharapkan usahawan yang terbabit dalam dunia perbukuan tampil dan kita akan sokong anda dalam usaha melahirkan bangsa usahawan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 Kali Ke-39 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Yang turut hadir, Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Noh berkata, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta kepada KUSKOP bagi membantu usahawan yang terkesan dengan banjir.

"Kalau ada mana-mana usahawan atau yang terbabit dalam percetakan buku menjadi mangsa banjir, datang jumpa saya. Peruntukan masih banyak.

"Kita sediakan pinjaman maksimum RM100,000 tanpa faedah dan tahun depan baru bayar.

"Usahawan mikro perbukuan yang terkesan banjir juga boleh datang berjumpa KUSKOP dan kita boleh bagi geran RM3,000 untuk meringankan beban mereka," katanya.

Terdahulu, beliau menzahirkan keterujaan melihat sambutan hangat pada PBAKL 2022 yang menyaksikan lebih 1.3 juta pengunjung hadir memeriahkan pesta buku terbesar Malaysia sepanjang 10 hari penganjurannya sejak 3 Jun lalu.

"Mulanya saya tertanya-tanya juga ramaikah yang akan hadir PBAKL.

"Namun, dengan lebih 1.3 juta pengunjung, terbukti budaya membaca bahan fizikal masih menarik perhatian rakyat Malaysia walaupun dalam era digital," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US