Languages: Others

56 mangsa banjir terima RM5.4 juta dari KUSKOP

SHAH ALAM- Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp., MIDF Berhad dan Tekun Nasional (TEKUN) menyampaikan pinjaman kepada 56 mangsa banjir Parlimen Kota Raja dalam kalangan peniaga mikro, kecil dan sederhana.

Menurut Setiausaha Politik KUSKOP, Datuk Kamaruzaman Johari, bantuan tersebut disalurkan atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Noh Omar yang ingin melihat usahawan terkesan segera bangkit selepas diuji dengan pandemik Covid-19 dan bencana banjir hujung tahun lalu.

“Penerima pinjaman berjumlah RM5.4 juta melibatkan seramai 56 usahawan hari ini adalah mangsa banjir dari Parlimen Kota Raja yang melibatkan kawasan Taman Sri Muda dan Kota Kemuning.

“Kesemua penerima pinjaman hari ini dipilih melibatkan proses yang telus, yang mana agensi kami turun padang ke kawasan bencana banjir untuk menguar-uarkan kewujudan dana ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan pinjaman melalui Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF) di Bangunan Muara semalam.

Kamaruzaman berkata, melalui dana SMEEF 2.0 tersebut, KUSKOP memberi pinjaman tanpa faedah dan moratorium selama setahun kepada kesemua penerima.

Mengulas mengenai jumlah penerima SMEEF 2.0 seluruh negara, seramai 280 mangsa banjir menerima dana tersebut.

“Setakat 31 Mei kita telah meluluskan dana untuk 280 usahawan mangsa banjir sebanyak RM26.8 juta. Permohonan sebanyak 710 usahawan tetapi setelah ditapis kita luluskan sebanyak itu sahaja.

“Pihak KUSKOP yang mempunyai 11 agensi berharap dana untuk mangsa banjir yang diperuntukkan sebanyak RM100 juta oleh kerajaan negeri dapat digunakan untuk usahawan bangkit dan memulihkan kembali perniagaan yang terkesan,”katanya.

Sementara itu seorang penerima yang ingin dikenali sebagai Bob Azman,30, dari Taman Sri Muda, mengucapkan syukur kerana selepas banjir tahun lalu kedai makannya masih belum beroperasi.

“Semasa banjir berlaku tiada kelengkapan kedai makan yang dapat diselamatkan. Pinjaman tanpa faedah ini dapat membantu saya kembali memulihkan perniagaan saya,” katanya. – UTUSAN

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US