SELBIZ 2022 merupakan platform terbaik untuk mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan syarikat, malah menggalakkan pengusaha dari desa dan peruncitan mengetengahkan produk mereka. - Foto PKNS
PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan transaksi jualan RM5 juta menerusi Ekspo Usahawan Selangor 2022 (SELBIZ 2002) yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 September depan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, sebanyak 160 gerai jualan akan dibuka dengan sasaran 10,000 pengunjung selain memfokuskan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemula niaga (start-up).

“Kami ingin memperkasakan perusahaan kecil di negeri ini yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada taraf sosioekonomi negara. Ia selari dengan mandat penubuhan PKNS sejak 27 tahun lalu dengan ransangan kepada hampir 41,000 usahawan dari pelbagai bidang,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mahmud menambah, penganjuran julung kali SELBIZ 2022 itu juga akan dirasmikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Katanya, ia memberi peluang usahawan mendapatkan khidmat nasihat dan mengenali potensi prospek pasaran untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Ia termasuk sesi jaringan perniagaan dan konsultasi secara terus bersama agensi berkaitan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME Corp, Tekun Nasional, SELDEC, Mara serta rangkaian pasar raya Malakat Mall dan Lotus.