Languages: Others

Tambahan RM130 juta bantu usahawan kecil – PM

Tambahan RM130 juta bantu usahawan kecil – PM

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta bagi membantu golongan usahawan kecil di negara ini terus bangkit daripada pandemik Covid-19.

Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN).

“Saya dimaklumkan penyediaan SPIM sebanyak RM200 juta pada tahun ini telah habis. Justeru, bagi kepentingan para usahawan kecil, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta.

“Selain itu, tambahan sebanyak RM30 juta turut diluluskan bagi Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corporation Malaysia (SME Corp.),” katanya dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Usahawan 2022, di sini malam ini.

Dalam majlis itu, Sumisaujana TCM Chemicals Sdn. Bhd. membawa pulang wang RM100,000 selepas merangkul Anugerah Perdana Menteri diikuti Respack Manufacturing Sdn. Bhd. yang meraih Anugerah Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Pagkia Barber Shop (Anugerah Khas Usahawan Cekal).

Terdahulu, Ismail Sabri menyeru golongan usahawan memanfaatkan peluang disediakan kerajaan untuk beralih ke arah digitalisasi bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.

Katanya, proses peralihan daripada perniagaan konvensional itu perlu disegerakan seiring dengan kepesatan ekonomi digital.

Menurutnya, kerajaan bersedia untuk terus membantu golongan usahawan melalui pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan dengan mengambil kira perkembangan ekonomi semasa.

“Di bawah Bajet 2022, pelbagai inisiatif dirangka untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk peruntukan sebanyak RM40 bilion menerusi Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia.

“Justeru, saya menyeru para usahawan supaya turut mengambil peluang yang disediakan untuk proses peralihan perniagaan konvensional kepada adaptasi teknologi dan digitalisasi,” katanya.

Ismail Sabri berkata, sebagai tulang belakang ekonomi negara, PMKS menyumbang kepada 38.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan 13.5 peratus eksport negara.

Katanya, adalah penting untuk kerajaan terus memastikan sektor perniagaan melibatkan usahawan tempatan kekal berdaya tahan. 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US