Languages: Others

Usahawan Melaka perlu rebut peluang – Ab Rauf

AB Rauf menyampaikan geran BEEP kepada salah seorang usahawan selepas merasmikan program Minggu Perusahaan Medium Kecil dan Sederhana (PMKS) Peringkat Negeri Melaka.

 

BANDARAYA MELAKA 2 Julai – Usahawan di negeri ini perlu segera mendapatkan pelbagai peluang yang ditawarkan kerajaan bagi memastikan perniagaan mereka mampu menempa nama ke peringkat antarabangsa.

EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelbagai agensi persekutuan dan negeri sedia membantu dan membimbing usahawan namun setakat ini ia masih kurang menerima sambutan.

Beliau berkata, beberapa syarat mudah hanya diperlukan agensi terlibat yang menawarkan pelbagai pembiayaan mudah dan geran berjumlah sehingga RM500,000.

“Usahawan-usahawan di dalam Negeri Melaka mestilah membuka pemikiran yang luas dan membawa sebarapa ramai mereka yang berpotensi untuk menjadi usahawan.

“Semua agensi dalam negeri dan persekutuan telah pun bersedia memberikan bimbingan dan bantuan sewajarnya, semuanya sudah ada dalam Melaka ini jadi mereka perlu rebut peluang ini.

“Di Melaka pelbagai agensi bersedia membantu antaranya SME Bank, MARA, TEKUN dan sebagainya malah agensi dari kerajaan negeri iaitu Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pun sudi memberikan bantuan untuk kemajuan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program Perasmian Minggu Perusahaan Medium Kecil dan Sederhana (PMKS) peringkat negeri diadakan di Pusat Beli Belah Aeon, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Nasihat dan Sokongan SME Corp Malaysia, Czariff Chai Abdullah, Pengarah SME Corp Malaysia Melaka, Noor Azzam Yaazizul Ghafar serta tetamu lain.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ab Rauf memaklumkan PMKS merupakan antara tunjang utama penyumbang ekonomi negeri ini yang perlu ditumpukan agar mampu berkembang maju pada masa akan datang.

“Di Melaka sendiri terdapat lebih kurang 3.5 peratus dari 1.2 juta penubuhan perniagaan adalah menerusi PMKS.

“Kerajaan persekutuan melalui SME Corp Malaysia sentiasa membantu PMKS dalam memastikan kelestarian keusahawanan seperti di bawah Program Peningkatan Keupayaan PKS Bumiputera (BEEP), Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) dan beberapa pembiayaan lain disediakan agensi berkenaan,” katanya.

Terdahulu, program diadakan bermula hari ini selama empat hari telah menghimpunkan beberapa aktiviti menarik antaranya ‘pocket talk’ keusahawanan, padanan niaga, kursus dan latihan buat usahawan di negeri ini.

Selain itu pelbagai gerai pameran turut disediakan buat usahawan bagi mendapatkan informasi berkaitan bantuan kewangan dan keusahawanan dan produk-produk dipamerkan.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US