Languages: Others

Urban Smart Farming bantu komuniti inklusif

Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SME Corp Malaysia (SME Corp) telah melaksanakan Program Urban Smart Farming melalui Saora Industries Sdn Bhd yang merupakan salah satu daripada Rakan Penyedia Perkhidmatan yang telah dilantik di bawah Program Micro Connector pada tahun ini.

Program Micro Connector dilaksanakan selaku program induk khusus bagi membantu perusahaan mikro menjalankan perniagaan dengan lebih cekap selain membimbing komuniti inklusif termasuk golongan wanita, belia, B40 dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam mempelajari kemahiran baharu, sekaligus menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, Program Urban Smart Farming yang dilaksanakan itu merupakan satu projek yang sangat berbeza di bawah Program Micro Connector kerana buat julung kali pihaknya melaksanakan program yang melibatkan peserta dari Jabatan Penjara Malaysia dan Persatuan Pengasih Malaysia.

“Urban Smart Farming ini merupakan projek berteraskan perusahaan sosial (SE) dengan sokongan daripada Penjara Negeri Melaka, Pengasih Melaka dan Jabatan Pertanian Melaka telah memberikan latihan dan kemahiran dalam bidang pertanian pintar bandar.

“Seramai 50 orang peserta hadir pada hari ini telah membuktikan komitmen mereka untuk mendapatkan ilmu keusahawanan serta kemahiran baharu dalam bidang pertanian pintar bandar.

“Selain itu, melalui program ini, para peserta dapat menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semenjak Program Micro Connector dilaksanakan pada tahun 2019 sehingga Disember 2021, SME Corp telah membantu seramai 19,171 peserta dalam kalangan perusahaan mikro dan individu dari komuniti inklusif. Manakala bagi tahun 2022 pula seramai 3,500 peserta telah menyertai program ini.

-THE MALAYSIA VOICE

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US