Languages: Others

Lapan usahawan muda terima pembiayaan daripada SME Corp. Malaysia

AYER KEROH 3 Oktober – Seramai lapan usahawan muda Melaka menerima pembiayaan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka hasil Program Kerjasama Strategik Memperkasa Keusahawanan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) SME Corporation Malaysia (SME Corp) bersama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

Penerima membabitkan usahawan dibawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP), Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Pembiayaan Pengukuhan PKS (SMERF) dan Micro Connector.

Penyerahan cek pembiayaan kerseluruhan berjumlah RM2.7 juta kepada penerima berkenaan disaksikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, dalam masjlis berlangsung di sebuah hotel di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan DMDI, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali; Pengerusi SME Corp Malaysia, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.

Program tersebut turut dihadiri kira-kira 100 usahawan muda yang bersemangat untuk menimba ilmu keusahawanan dan mendapatkan penerangan mengenai bantuan ditawarkan SME Corp. 

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US