Languages: Others

20 usahawan terima pembiayaan RM7.92 juta daripada agensi KUSKOP

TAMPARULI: Seramai 20 usahawan dan koperasi di Sabah menerima pembiayaan bernilai RM7.92 juta daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Pembiayaan terbabit adalah daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SME Corp. Malaysia, TEKUN Nasional, Bank Rakyat dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Kesemua pembiayaan disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada Program Karnival Usahawan dan Koperasi Madani, di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, di sini, hari ini.

Turut disampaikan dua sijil pendaftaran koperasi daripada SKM dan surat tawaran program daripada SME Bank Berhad kepada tiga penerima geran bagi Program Pembangunan Kapasiti Vendor (PPKV) berjumlah RM143,000 dan satu penerima geran bagi Business Export Program (BEP) berjumlah RM200,000 menjadikan jumlah keseluruhan RM343,000.

Ewon juga menyampaikan agihan dividen 2022 kepada KOOP Sahabat Negeri Sabah berjumlah RM462,000 daripada AIM Sabah.

Beliau berkata, penganjuran Program Usahawan dan Koperasi MADANI Bersempena Pesta Kaamatan bertujuan menyampaikan maklumat berhubung perkhidmatan keusahawanan dan koperasi melalui sesi taklimat serta pameran agensi-agensi di bawah KUSKOP kepada usahawan, koperasi dan komuniti setempat.

Program yang diadakan selama dua hari iaitu 6 dan 7 Mei ini turut membuka ruang dan peluang kepada usahawan dan koperasi tempatan membuka reruai bagi menjual pelbagai jenis makanan, minuman dan produk PMKS.

Selain itu, selaras dengan usaha menyahut seruan Kerajaan dalam menyelami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, KUSKOP menerusi SKM mengadakan Jualan MADANI Koperasi yang menawarkan barangan keperluan asas seperti gula, tepung, minyak masak, produk-produk koperasi serta barangan keperluan yang lain dengan kadar penjimatan sekitar 10 hingga 15 peratus daripada harga pasaran.

Turut diadakan adalah persembahan Rumah Tradisi Etnik yang mengetengahkan elemen kebudayaan dan warisan dalam menyemai semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum bersempena meraikan Pesta Kaamatan yang bertujuan melahirkan rasa kesyukuran atas hasil tuaian yang baik sepanjang tahun di Sabah.

Pada majlis itu Ewon melancarkan melancarkan Program Tunas Usahawan Bumiputera 9.0 (TUBE) dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2023.

Program TUBE bertujuan memupuk semangat keusahawanan dan menggalakkan belia dalam lingkungan usia di antara 18 hingga 30 tahun yang memilih untuk memulakan perniagaan sebagai sebuah kerjaya pilihan selain bertindak sebagai platform bagi mencetus anjakan paradigma daripada seorang pekerja kepada pemilik perniagaan.

Permohonan secara dalam talian akan dibuka mulai 7 hingga 31 Mei ini dan para belia Sabah diseru untuk merebut peluang yang disediakan melalui pelaksanaan program ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.smecorp.gov.my.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US