Languages: Others

Hasilkan produk eksport untuk pasaran lebih besar

(Dari dua kiri) Saraswathy, Awang Tengah, Gerawat merakamkan kenangan bersama hadirin selepas majlis perasmian Minggu PMKS 2023 Peringkat Negeri Sarawak di Coco Cabana, Miri petang tadi. - Gambar Penerangan(Dari dua kiri) Saraswathy, Awang Tengah, Gerawat merakamkan kenangan bersama hadirin selepas majlis perasmian Minggu PMKS 2023 Peringkat Negeri Sarawak di Coco Cabana, Miri petang tadi. - Gambar Penerangan

 

MIRI: Usahawan tempatan diminta menghasilkan produk berorientasikan eksport untuk mendapat pasaran yang lebih luas.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata demikian melihat kepada permintaan pasaran dalam negeri iaitu jumlah populasi yang kecil berbanding Semenanjung Malaysia. 

 

"Sekiranya anda ingin menjadi lebih besar, anda perlu hasilkan produk berorientasikan eskport. Ini satu kemestian. 

"Untuk ini, ia (produk) memerlukan kualiti. Anda perlu memenuhi pematuhan, apa yang dikehendaki oleh pasaran antarabangsa, ini penting," ujarnya.

 

(Dari enam kiri) Saraswathy, Awang Tengah, Gerawat dan tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama penerima geran bantuan pada majlis perasmian Minggu PMKS 2023 Peringkat Negeri Sarawak di Coco Cabana, Miri petang tadi. - Gambar Penerangan(Dari enam kiri) Saraswathy, Awang Tengah, Gerawat dan tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama penerima geran bantuan pada majlis perasmian Minggu PMKS 2023 Peringkat Negeri Sarawak di Coco Cabana, Miri petang tadi. - Gambar Penerangan

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2023 Peringkat Negeri Sarawak di Coco Cabana di sini, petang tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus. 

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak melihat industri makanan dan minuman sebagai antara industri yang terus diperlukan dan berkembang. 

 

Bagaimanapun katanya, melihat kepada kualiti dan standard hidup yang semakin meningkat, permintaan untuk makanan yang terjamin dan selamat adalah tinggi. 

Menurutnya, untuk menarik perhatian pembeli, produk makanan yang dihasilkan harus berkualiti dengan pembungkusan unik dan berbeza dari yang lain. 

Selain itu katanya, cara pemasaran dan promosi sesuatu produk juga penting untuk menembusi pasaran antarabangsa. 

"Kita mahu terus bekerjasama dengan semua dewan usahawan di negeri ini kerana kita mahu mendengar apakah input-input yang datang daripada mereka yang benar-benar terlibat dalam perusahaan ini (PMKS). Apa yang perlu, diperbaiki... dipertingkatkan, kita pertingkatkan," tambahnya. 

 

Terdahulu, Saraswathy berharap Minggu PMKS akan memberi kesan positif kepada pembangunan usahawan di negeri ini. 

Beliau memberitahu, Minggu PMKS bertindak sebagai salah satu platform untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan PMKS, selain meningkatkan penyebaran maklumat dan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat tempatan. 

 

Menurut Saraswathy, pada tahun 2022, lebih 75 aktiviti telah dijalankan dan sebanyak RM69.74 juta potensi jualan telah direkodkan. 

"Kerajaan akan terus memberikan sokongan dalam memastikan supaya keupayaan PMKS dapat ditingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi, sejajar dengan keperluan semasa, sekali gus melonjakkan Malaysia di mata dunia," katanya. 

 

Untuk rekod, Minggu PMKS peringkat kebangsaan akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dari 7 hingga 9 Julai depan.  - Utusan BORNEO

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US