Languages: Others

Kerajaan sedia pelbagai skim bantu PMKS tempatan

LAWAT: Ewon (dua kanan) melawat tapak pameran usahawan dalam majlis tersebut.

 

KOTA KINABALU: Kerajaan menyediakan pelbagai bentuk skim bantuan bersepadu bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia meliputi aspek produktiviti dan automasi, aplikasi dalam talian, e-dagang, e-pembayaran serta aplikasi teknologi maklumat.

Katanya, pelbagai program pembangunan kapasiti, khidmat nasihat, bantuan teknikal dan akses kemudahan kewangan turut disediakan oleh agensi-agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Inisiatif-insiatif sebegini adalah selari dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) bagi mencapai matlamat negara keusahawanan unggul menjelang 2030.

“Justeru, saya ingin menyeru para usahawan untuk merebut peluang daripada pelbagai program pembangunan dan skim bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) peringkat kebangsaan 2023, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasami.

Menurutnya, lebih 110 aktiviti telah dirancang di seluruh negara yang membabitkan pelbagai kementerian, agensi, kerajaan negeri, serta rakan-rakan strategik.

Katanya, kerajaan akan terus memberikan sokongan dalam memastikan keupayaan PMKS di negara ini dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan keperluan semasa, sekali gus melonjakkan Malaysia di mata dunia.

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran Minggu PMKS adalah signifikan untuk menzahirkan komitmen berterusan Malaysia dalam mengiktiraf kepentingan dan sumbangan PMKS kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Penganjuran MUN dan Minggu PMKS juga bertindak sebagai salah satu platform untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan PMKS.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyebaran maklumat dan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Ewon menzahirkan penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaku rakan strategik dan agensi-agensi di bawah KUSKOP, penaja dan rakan-rakan strategik lain kerana membantu menjayakan program ini.

“Saya berharap agar MUN dan Minggu PMKS 2023 akan membuka lembaran baharu demi membantu usahawan serta bakal usahawan mengorak langkah kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan,” katanya. - Utusan BORNEO

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US