Languages: Others

Peruntukan RM2 juta di bawah program TUBE lahirkan usahawan belia TVET

 

PETALING JAYA: Kerajaan terus komited dalam memperkasa Pendidikan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui peruntukan khusus berjumlah RM2 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

Program ini dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya, SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA). Program TUBE TVETMARA dijalankan secara fizikal bermula 31 Julai sehingga 4 Ogos 2023 di MARA-Japan Industrial Institute (MJII), Beranang, Selangor dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Pengarah I Bahagian Kemahiran dan Teknikal, MARA, Roslan Abu Bakar, .

Program TUBE bermatlamat memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia serta membentuk daya tahan, disiplin dan kepimpinan dalam pengendalian perniagaan.

Pada tahun ini, seramai 60 orang usahawan belia yang mempunyai latar belakang usahawan tekno (technopreneur) daripada institusi-institusi pendidikan dan latihan MARA telah berjaya dilatih.

Peserta didedahkan dengan modul keusahawanan lanjutan (advanced) berkaitan strategi perniagaan, pengurusan syarikat dan kewangan serta teknik-teknik pengembangan perniagaan mengikut trend terkini.

Usahawan belia TVET yang berpotensi dan berjaya menamatkan latihan seterusnya layak dipertimbangkan Geran Pengembangan Perniagaan sehingga RM20,000 setiap seorang.

Menurut rizal, program itu memfokuskan pemerkasaan belia Bumiputera yang memiliki kemahiran vokasional untuk menceburi dan menerokai bidang perniagaan, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran serta kebergantungan graduan TVET kepada ‘kerja makan gaji’.

“Selain itu, usahawan yang menyertai program ini dijangka mampu merangsang pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan penglibatan usahawan baharu dalam bidang keusahawanan dan meningkatkan pengeluaran produk/perkhidmatan tempatan berkualiti bagi memenuhi permintaan pasaran sedia ada,” katanya.

Penekanan kepada peningkatan mutu hidup yang berasaskan ilmu pengetahuan dan pengupayaan modal insan ini sememangnya bertepatan dengan nilai teras Kemampanan dan Daya Cipta di bawah kerangka Malaysia
MADANI.

Sejak tahun 2014, sejumlah 7,183 belia telah dilatih untuk menceburi bidang perniagaan di bawah program TUBE. Daripada jumlah tersebut, 6,986 usahawan (97.2%) berjaya diwujudkan berdasarkan perniagaan yang didaftarkan.

Sejumlah RM100.30 juta geran perniagaan telah  disalurkan kepada peserta yang berjaya dan hasilnya, program TUBE telah mencatatkan nilai jualan terkumpul berjumlah RM154.38 juta sehingga Julai 2023.

Program ini juga telah berjaya mewujudkan 13,866 peluang pekerjaan, termasuk untuk peserta program itu sendiri. – UTUSAN

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US