Languages: Others

Belanjawan 2024: Perkasa pendigitalan PMKS

Rizal semasa sidang akhbar selepas Program Pengukuhan Ekonomi Madani Wilayah Selatan di sebuah hotel, di sini pada Selasa.
Rizal semasa sidang akhbar selepas Program Pengukuhan Ekonomi Madani Wilayah Selatan di sebuah hotel, di sini pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) merupakan penyumbang utama ekonomi negara, dengan bilangan PMKS merangkumi hampir 1.2 juta atau 97.4 peratus daripada jumlah keseluruhan perusahaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Rizal Nainy berkata, kerajaan perlu memberi perhatian kepada inisiatif pendigitalan menerus Belanjawan 2024 bagi meningkatkan lagi sumbangan sektor PMKS.

 

"PMKS merupakan satu tunjang ekonomi negara yang perlu dibantu secara bersasar. Inisiatif yang membolehkan PMKS bergerak lebih maju dan berdaya saing dalam aspek pendigitalan perlu dijadikan keutamaan.

"Begitu juga akses kepada pasaran terutamanya pasaran eksport serta perkara yang membolehkan mereka mengembangkan lagi rantaian bekalan terutamanya persediaan pelaksanaan strategi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)," katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Pengukuhan Ekonomi Madani Wilayah Selatan di sebuah hotel, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Rizal memberitahu amalan ESG masih rendah dalam kalangan usahawan kerana mereka tidak mempunyai tahap kesedaran yang jelas mengenai perkara itu serta implikasi terhadap perniagaan.

"ESG merupakan elemen baru dalam penyediaan PMKS dalam rantaian bekalan khususnya bagi pasaran eksport. Dari segi tahap kesedaran, kita dapati ia masih rendah berbanding syarikat berskala besar.

"Walaupun ada sebahagian PMKS yang tahu mengenai ESG ini iaitu kira-kira 60 peratus tahap kesedaran, namun dari segi adaptasi ia masih rendah dan tidak diimplementasi," katanya. - Sinar Harian

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US