Languages: Others

KUSKOP sedia RM134.6 juta perkasa PMKS tahun ini

Ramanan (kiri) diiringi Rizal melawat gerai jualan usahawan PMKS semasa mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat SME Corp di Kuala Lumpur, hari ini - NSTP/Saifullizan Tamadi

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensinya, SME Corp Malaysia memperuntukkan RM134.6 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pada tahun ini yang selaras komitmen untuk memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Ramanan Ramakrishnan, berkata menerusi program dan inisiatif yang dirancang tahun ini, kementerian terus komited dalam usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan negara sejajar dengan visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

Katanya, ia adalah sebahagian usaha bagi menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul serta kerangka Ekonomi MADANI sebagai wadah mengangkat semula martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.

"Komitmen ini juga mengambil kira Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) yang telah menetapkan sasaran yang jelas untuk pertumbuhan PMKS menjelang 2025, seperti sumbangan 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 15 peratus kepada eksport, 3.5 peratus dalam purata pertumbuhan produktiviti buruh dan 90 peratus PMKS mendigitalkan operasi perniagaan mereka," katanya.

Beliau pada sesi taklimat sempena lawatan pertamanya ke Ibu Pejabat SME Corp di sini, hari ini

Sesi berkenaan bertujuan memberikan penerangan lanjut berkenaan peranan dan fungsi SME Corp sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA) dalam pembangunan PMKS di Malaysia.

Melalui sesi berkenaan juga, Ramanan telah dimaklumkan mengenai inisiatif dan program pembangunan PMKS bagi tahun 2024 serta pencapaian sepanjang tahun 2023.

Secara keseluruhannya, SME Corp telah menyalurkan sejumlah RM131.3 juta dana yang dimanfaatkan oleh 22,861 PMKS di seluruh negara.

Ia termasuk program bantuan kewangan bagi tujuan eksport iaitu Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) dan program SMEs Go Global (SMEGG) serta program pembangunan keupayaan dan kapasiti eksport, dan padanan perniagaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, berkata melalui peruntukan sebanyak RM134.6 juta tahun ini, ia dijangka dapat dimanfaatkan lebih 16,700 PMKS.

"Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang dihentikan sementara sebelum ini berikutan komitmen yang telah melebihi peruntukan, akan kembali ditawarkan kepada PMKS pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM55 juta.

Selain itu, SME Corp akan terus melaksanakan program utama lain seperti Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP), Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Program Pengukuhan Eksport, Program Peningkatan Industri Strategik dan Syarikat Berprestasi Tinggi (PRESTIGE) serta Program BizMe bagi pembangunan perusahaan inklusif," katanya. -- BHarian

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US