Languages: Others

Sekretariat Tetap MPUPK pastikan dana disalur bantu pembangunan usahawan negara

 

PUTRAJAYA: Sekretariat Tetap Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan (MPUPK) akan diwujudkan bertujuan untuk menyelaras pertindihan fungsi serta peranan dalam koordinasi pembangunan ekosistem usahawan dan PMKS.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, sekretariat akan diketuai oleh SME Corp dan akan bermesyuarat setiap bulan dengan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mesyuarat hari ini telah membincangkan lima kertas pembentangan dengan keputusan yang dipersetujui adalah supaya satu sekretariat penyelarasan ditubuhkan dengan SME Corp sebagai ketua sekretariat.

“Tujuannya adalah untuk memastikan supaya semua dana yang disalurkan kepada setiap agensi itu memberikan kesan dan implikasi besar kepada pembangunan usahawan negara,” katanya selepas mesyuarat MPUPK Bilangan 1 Tahun 2024 di Putrajaya.

Mengulas lanjut, Datuk Ewon memaklumkan, mesyuarat berkenaan turut meluluskan panduan pantas ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) untuk PMKS dan Pelan Strategik PMKS 2030.

Jelas beliau, Pelan Strategik PMKS 2030 yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertujuan sebagai hala tuju baharu PMKS dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Ujarnya, pelan berkenaan memberi penekanan kepada aspek pengukuhan ekosistem inovasi keusahawanan kondusif dan persekitaran perniagaan yang mesra PMKS.

Manakala panduan pantas ESG adalah untuk mengenal pasti kriteria asas bagi penerapan amalan ESG oleh PMKS yang merangkumi lapan langkah mudah

“Panduan pantas ESG merupakan satu panduan pantas kepada semua PMKS. Kita telah permudahkan garis panduan dengan mengambil kira apa yang telah dilancarkan oleh MITI, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

“Bagi komuniti PMKS, sudah tentu mereka juga mahu garis panduan ini dapat dipermudahkan dan supaya pada akhirnya PMKS mendapat manfaat contohnya akses kepada pasaran yang lebih besar. Dalam masa sama, kita mahu menggalakkan adaptasi komponen persekitaran ‘good governance’ dalam kalangan PMKS.

“Justeru, kita berharap dengan adanya keputusan-keputusan ini akan dapat memacu lagi penyelarasan merentas kementerian, kerajaan persekutuan dan negeri supaya yang mendapat manfaatnya adalah golongan PMKS di seluruh negara,” ujarnya. -- Buletin TV3

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US