Languages: Others

Pencarian pemenang Anugerah Enterprise 50 bermula hari ini

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, melancarkan Program Enterprise 50 (E50) 2024 hari ini. Turut sama Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Dompok; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Suriani Ahmad.

 

KUALA LUMPUR: Pencarian 50 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terbaik di Malaysia, bermula hari ini dengan pelancaran program anugerah berprestij Enterprise 50 atau lebih dikenali sebagai Anugerah E50 oleh SME Corp Malaysia (SME Corp).

Mula diperkenalkan pada tahun 1997, Anugerah E50 mendapat pengiktirafan industri sejak dua dekad lalu sebagai antara platform yang berkredibiliti dan menjadi rebutan bagi melambangkan pencapaian dalam perniagaan dan keusahawanan.

 

Meraikan tahun ke-24 penganjurannya tahun ini, Anugerah E50 disokong Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SME Corp dan Deloitte Malaysia, dengan kerjasama rakan strategik termasuk YTL Corporation Berhad, RHB Bank Berhad, KLIATV Media, RAM Rating Services Berhad, Media Prima Omnia, ASTRO Malaysia Holdings Berhad, Malaysia SME, Telekom Malaysia, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad.

Pengerusi SME Corp, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, berkata Anugerah E50 berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti yang tinggi.

Katanya, pengiktirafan yang diberikan menjadi penanda aras penting kepada PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berlandaskan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

"Selain itu, pengiktirafan yang diterima menerusi Anugerah E50 membolehkan PMKS tempatan dikenal pasti sebagai yang berdaya saing, berdaya maju serta boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan mahupun pelabur dari luar negara.

      "Sehingga kini, seramai 2,225 PMKS menyertai program ini dan 763 syarikat sudah menerima Anugerah E50.

"Daripada jumlah terbabit, 67 pemenang berjaya tersenarai dalam pasaran modal serta berjaya meluaskan pasaran di dalam dan luar negara," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran E50 2024.

Majlis Pelancaran Anugerah E50 2024 dengan tema 'Meraikan Semangat Keusahawanan Malaysia' disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di sebuah hotel di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan; Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy.

Sementara itu, Ewon ketika berucap pada majlis itu, menekankan kepentingan kelestarian serta amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan PMKS.

Katanya, melangkah ke hadapan, PMKS perlu melengkapi operasi perniagaan dengan aspek berkaitan kelestarian melalui penerapan amalan ESG.

"Sehubungan itu, selain Anugerah Khas sedia ada iaitu Anugerah Usahawan Wanita Terbaik E50 dan Anugerah Usahawan Eksport Terbaik E50, satu anugerah khas baharu diperkenalkan di bawah program E50 tahun ini iaitu Anugerah bagi Amalan ESG Terbaik E50.

"Anugerah ini diperkenalkan bagi memperakui syarikat PMKS yang menjadikan ESG sebagai agenda utama dalam perniagaan," katanya.

Selain itu, katanya, keupayaan PMKS dalam menyesuaikan diri dengan peralihan pasaran serta aliran teknologi terkini adalah penting.

"Ini membolehkan mereka (PMKS) kekal mendahului pesaing serta meningkatkan kedudukan negara dalam rantai nilai global yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang negara.

"KUSKOP turut memberi fokus kepada usaha mendigitalisasikan PMKS bagi mempercepatkan tahap adaptasi teknologi bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan, serta menggalakkan penggunaan platform digital untuk memperluaskan pasaran domestik dan antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, SME Corp dalam kenyataan pula memaklumkan, bagi tahun ini, setiap syarikat yang berminat perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun ini. -- BH Online

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US