Languages: Others

SME Corp beri sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

 

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp) hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata sumbangan yang diberikan itu adalah tanda sokongan dan solidariti syarikatnya kepada rakyat Palestin serta sejajar dengan semangat Malaysia MADANI bagi menyokong keamanan sejagat.

"Kita pilih untuk sumbangkan ke tabung ini kerana ia adalah satu daripada tabung yang kami percayai kerana ia akan sampai kepada rakyat Palestin yang memerlukan dan memerlukan bantuan diamanahkan.

"Ini adalah kali pertama kami sumbangkan wakalah kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima dan jika ada rezeki pada masa akan datang kita akan teruskan memberi sumbangan bukan sahaja kepada tabung ini, tetapi tabung yang lain juga," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Rizal menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dengan disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

 

Selain sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, sumbangan Wakalah SME Corp turut diberikan kepada dua pusat tahfiz termasuk Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah dan Maahad Tahfiz Darul Muhibbin dari Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Ia diserahkan dalam Majlis Ramah Mesra anjuran SME Corp bersama Rakan Strategik sempena sambutan Aidilfitri di Platinum Sentral, KL Sentral, hari ini.

Sementara itu, mengulas lanjut kerjasama antara SME Corp dengan Media Prima, Rizal berkata, pihaknya akan memanjangkan jalinan itu dalam pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara.

"Supaya ia terus berkembang maju, berdaya saing serta memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada profil perniagaan di negara ini.

"Setakat ini perniagaan di negara ini terdiri daripada 97.4 peratus daripada perusahaan," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy (dua kanan) menyampaikan sumbangan RM10,000 Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima kepada Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (kiri) sambil disaksikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pada majlis rumah terbuka SME Corp hari ini. - Foto ROHANIS SHUKRIKetua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy (dua kanan) menyampaikan sumbangan RM10,000 Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima kepada Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (kiri) sambil disaksikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pada majlis rumah terbuka SME Corp hari ini. - Foto ROHANIS SHUKRI

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US