Languages: Others

RM15.11 bilion laksana 270 program keusahawanan sepanjang tahun ini - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM15.11 bilion bagi melaksanakan 270 program keusahawanan sepanjang tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata berdasarkan pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu PMKS (SMEIPA) 2023/2024, peruntukan itu bakal memberi manfaat kepada 479,350 penerima.

Beliau berkata kesemua program berkenaan telah dirancang oleh pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

"Saya melihat pelaporan SMEIPA sedia ada perlu dimantapkan agar dapat dijadikan sebagai rujukan utama untuk digunakan sepenuhnya oleh semua pemegang taruh, khususnya kementerian dan agensi yang berada dalam ekosistem keusahawanan agar tidak berlaku lagi pertindihan pelaksanaan program PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) di seluruh negara," katanya.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Zahid berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (SEK-MPUPK) Bil 2/2024 hari ini.

Beliau berkata, bilangan program dan perbelanjaan bagi program keusahawanan serta pembangunan PMKS secara purata adalah sebanyak 191 program setiap tahun dengan komitmen tahunan sebanyak RM9.6 billion.

"Malah, pada 2023 sahaja, sebanyak RM15.48 bilion telah dibelanjakan bagi 258 program keusahawanan dan pembangunan PMKS," katanya yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat turut bersetuju agar Sistem Pendaftaran Status PMKS disepadukan bersama sistem utama lain seperti seperti PADU (Pangkalan Data Utama), Pangkalan Data SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan GovTech Malaysia.

"Ini bagi meningkatkan sinergi antara kementerian dan agensi seterusnya menambah baik sistem penyampaian kerajaan, terutamanya dalam pembangunan keusahawanan," katanya.

Beliau berkata Sistem Pendaftaran Status PMKS bertujuan meningkatkan aspek penyelarasan program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia, dalam memastikan program yang dilakukan lebih bersasar kepada usahawan dan PMKS sekali gus mengelakkan ketirisan.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat turut mengesahkan penambahan keanggotaan sedia ada bagi memperkukuh kerjasama antara kementerian dalam memperkasa pembangunan PMKS di negara ini.

Beliau berkata penambahan keanggotaan itu melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebagai tambahan kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

"Saya percaya melalui penglibatan KKDW dan MITI dalam keanggotaan SEK-MPUPK ini membolehkan penjajaran dan koordinasi yang lebih bersepadu bagi semua program pembangunan usahawan dan PMKS khususnya bagi menembusi pasaran global dan meluaskan capaian sehingga kawasan luar bandar," katanya.

Beliau turut menyarankan agar semua kementerian dan agensi untuk sentiasa memastikan agenda pembangunan usahawan dilaksanakan secara menyeluruh serta bersepadu kerana tindakan itu penting bagi mengelak pertindihan program, mewujudkan ketelusan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan dan mengurangkan pembaziran sumber kerajaan. – BERNAMA

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US