Languages: Others

PMKS Malaysia mula beralih ke tahap lebih tinggi

Datuk Ewon Benedick (tiga kiri, bersama -sama Ketua Perangkawan DOSM, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi , Datuk Ramanan Ramkrishnan, Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Datuk Nainy memegang Profil dan Prestasi PMKS Tahun 2023 di SME Corp Malaysia, Kl Sentral. - NSTP /Aziah AzmeeDatuk Ewon Benedick (tiga kiri, bersama -sama Ketua Perangkawan DOSM, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi , Datuk Ramanan Ramkrishnan, Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Datuk Nainy memegang Profil dan Prestasi PMKS Tahun 2023 di SME Corp Malaysia, Kl Sentral. - NSTP /Aziah Azmee

 

KUALA LUMPUR: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia kini telah mula beralih ke tahap yang lebih tinggi atau 'scale-up'.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata data pertumbuhan PMKS menunjukkan perkembangan positif di mana terdapat pengurangan bilangan perusahaan bersaiz mikro sebanyak 16.9 peratus iaitu daripada 923,667 perusahaan pada tahun 2022 kepada 767,421 perusahaan pada tahun 2023.

"Manakala, bilangan perusahaan bersaiz kecil meningkat sebanyak 35.8 peratus dan bilangan perusahaan bersaiz sederhana meningkat sebanyak 7.9 peratus.

"Ini adalah satu petunjuk bahawa PMKS Malaysia telah mula beralih ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman prestasi PMKS di sini, hari ini.

Ewon berkata, PMKS juga merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus atau sumbangan sebanyak RM613.1 bilion kepada ekonomi negara pada tahun 2023.

Katanya, pencapaian memberangsangkan itu mengatasi penunjuk makroekonomi utama lain iaitu Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), eksport, pekerjaan dan produktiviti.

"Aktiviti ekonomi pada tahun itu didorong terutamanya oleh sektor perkhidmatan khususnya pengangkutan & penyimpanan serta sub-sektor perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan yang mendapat manfaat daripada perbelanjaan berkaitan pelancongan yang bertambah baik, susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa oleh China pada awal 2023.

"Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama agensi-agensinya khususnya SME Corp Malaysia amat komited untuk melaksanakan beberapa inisiatif bagi merancakkan lagi pembangunan PMKS di Malaysia.

"Ini termasuk menggalakkan penyertaan PMKS dalam rantaian bekalan domestik dan global, meningkatkan kapasiti PMKS ke arah pengantarabangsaan, menyediakan peluang pembiayaan inklusif, meneruskan usaha menggalakkan penerapan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam operasi perniagaan serta menggiatkan aktiviti keusahawanan di Sabah dan Sarawak," katanya.

Ewon berkata, pihaknya berharap PMKS akan diberikan peruntukan lebih tinggi dalam Bajet 2025 bagi menyokong pertumbuhan mereka pada tahun depan.

"Pada 2023, PMKS menerima peruntukan berjumlah RM40 bilion dan jumlah itu meningkat kepada RM44 bilion pada tahun ini.

"Jadi kita berharap pada tahun depan jumlah ini dapat ditingkatkan lagi bagi membolehkan kita untuk membantu PMKS mengukuhkan perniagaan mereka," katanya. -- Berita Harian

 

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2024/07/1278714/pmks-malaysia-mula-beralih-ke-tahap-lebih-tinggi

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US