Languages: Others

Ramanan umum dana tambahan RM6 juta khusus untuk usahawan kaum India

Ramanan umum dana tambahan RM6 juta khusus untuk usahawan kaum India
Ramanan (dua dari kanan) berkata kerajaan akan terus memberi sokongan dalam mengupayakan PMKS termasuklah usahawan PMKS India agar dapat ditingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.
 
KLANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya SME Corp Malaysia memperuntukkan dana tambahan RM6 juta khusus untuk Perusahaan Kecil milikan usahawan India.
 
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan dalam satu sidang media pada Jumaat, peruntukan tambahan itu akan disalurkan menerusi program sedia ada yang dijenamakan sebagai Business Accelerator Programme for Indian Small Business atau I-BAP.
Katanya lagi, I-BAP menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk geran padanan sehingga RM100,000 bagi tujuan meningkatkan kapasiti dan keupayaan serta prestasi perniagaan dan produktiviti PMKS.
"Ini merangkumi perbelanjaan untuk perolehan mesin dan peralatan bagi meningkatkan kualiti produk serta kecekapan pengeluaran, pensijilan produk, adaptasi ICT dan eDagang, penerapan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan pelaksanaan kempen pemasaran serta promosi.
"Peruntukan khusus untuk Perusahaan Kecil milikan usahawan India melalui I-BAP ini adalah bertepatan mengambil kira kepentingan mereka dalam turut sama merealisasikan matlamat kerangka Ekonomi MADANI bagi mencapai pertumbuhan yang lebih saksama, inklusif dan mampan.
"Kerajaan akan terus memberi sokongan dalam mengupayakan PMKS termasuklah usahawan PMKS India agar dapat ditingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi," katanya pada sidang media selepas melawat Renewcell (M) Sdn Bhd di Bukit Raja pada Jumaat.
Beliau turut mengingatkan usahawan PMKS India perlu cepat merebut peluang ditawarkan menerusi I-BAP berikutan dana terhad dan hanya permohonan yang memenuhi semua syarat kelayakan ditetapkan sahaja boleh dipertimbangkan.
Katanya, perbelanjaan yang tidak dapat dipertimbangkan di bawah I-BAP, PMKS mempunyai alternatif pembiayaan lain di bawah SME Corp Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata sejumlah RM24.12 juta geran diluluskan kepada 197 syarikat di bawah Business Accelerator Programme (BAP), setakat ini bagi 2024.
Daripada jumlah itu, katanya RM1.07 juta diluluskan kepada 12 syarikat milikan India.
"Program BAP sememangnya berupaya memberikan impak signifikan kepada PMKS.
"Ini jelas dibuktikan melalui hasil Tinjauan PMKS 2024 di bawah RMKe-12 oleh SME Corp Malaysia yang mendapati sehingga 73.1 peratus responden dalam kalangan PMKS penerima bantuan BAP berjaya meningkatkan kecekapan dan produktiviti, 65.4 peratus meningkatkan hasil jualan dan keuntungan manakala 30.8 peratus berupaya menambah bilangan pekerja.
"Di samping itu, syarikat juga berjaya mencatatkan peningkatan jualan tahunan sehingga 44.7 peratus dan 30.3 peratus dalam produktiviti," ujarnya.
SME Corp Malaysia merupakan Agensi Penyelaras Pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang berperanan sebagai pusat pengumpulan dan rujukan setempat bagi maklumat dan khidmat nasihat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
SME Corp Malaysia juga menyelaras program pembangunan PMKS di Malaysia, menjalankan penilaian ekonomi dan pengakreditasian PMKS, serta melaksanakan program pembangunan perniagaan dan fasilitasi akses PMKS kepada pasaran dalam dan luar negara.
Perbelanjaan yang tidak dapat dipertimbangkan di bawah I-BAP, PMKS mempunyai alternatif pembiayaan lain di bawah SME Corp Malaysia.
Ramanan mengingatkan usahawan PMKS India perlu cepat merebut peluang ditawarkan menerusi I-BAP berikutan dana terhad dan
hanya permohonan yang memenuhi semua syarat kelayakan ditetapkan sahaja boleh dipertimbangkan.
 
 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US