Languages: Others

MDEC peruntuk RM1.5 bilion perkasa pendigitalan PMKS

Menteri Digital, Gobind Singh Deo pada majlis Inisiatif Pendigitalan Perniagaan hari ini. - NSTP/ROHANIS SHUKRIMenteri Digital, Gobind Singh Deo pada majlis Inisiatif Pendigitalan Perniagaan hari ini. - NSTP/ROHANIS SHUKRI

 

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperuntukkan dana berjumlah RM1.5 bilion menerusi kerjasama strategik awam-swasta bagi menyokong usaha pendigitalan perniagaan di seluruh negara.

Dana itu membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik, termasuk institusi kewangan, bank digital, platform pembiayaan rakan setara (P2P) serta penyedia perkhidmatan tempatan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata inisiatif berkenaan bertujuan menyediakan penyelesaian digital bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) selain menawarkan kemudahan pembiayaan digital bagi menyokong operasi harian perniagaan.

"Kerjasama awam-swasta ini penting bagi memastikan pemilik perniagaan memahami kepentingan pengurusan kewangan secara digital serta mendapat manfaat lebih besar daripada segi sokongan dan jaminan pembiayaan.

"Melalui kolaborasi bersama rakan strategik, sekurang-kurangnya RM1.5 bilion dana tersedia bagi membantu PMKS mendapatkan penyelesaian digital serta pembiayaan operasi perniagaan berpandukan kaedah digital dan transaksi data secara elektronik.

"Selain itu, memorandum persefahaman (MoU) turut membabitkan penyedia penyelesaian digital tempatan yang menawarkan teknologi inovatif kepada pelbagai sektor," katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran inisiatif pendigitalan perniagaan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil.

Pada majlis itu, MDEC memeterai MoU dengan SME Corp Malaysia, institusi kewangan, bank digital, platform P2P serta penyedia perkhidmatan tempatan bagi memastikan PMKS menerima sokongan menyeluruh dalam aspek pembiayaan, akses kepada alatan digital dan pembangunan kapasiti untuk beralih ke ekonomi digital.

Gobind berkata, lebih 60 peratus perniagaan di Malaysia masih berada pada tahap digitalisasi asas, melibatkan lebih 650,000 PMKS yang belum mengadaptasi teknologi secara menyeluruh.

"Walaupun 93.1 peratus PMKS telah menggunakan internet, pelaburan dalam teknologi digital yang lebih canggih masih rendah," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, berkata kerjasama dengan MDEC bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pendigitalan dalam kalangan PMKS menerusi inisiatif transformasi digital yang dirangka secara kolaboratif.

"Peranan SME Corp Malaysia adalah memastikan PMKS tidak ketinggalan dalam era ekonomi digital.

"Dengan kerjasama ini, kami membina ekosistem lebih bersepadu dan bersasar bagi menangani cabaran dihadapi PMKS," katanya.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, sebanyak 21 penyedia perkhidmatan e-invois yang diiktiraf MDEC akan menawarkan penyelesaian e-invois khusus untuk PMKS. -- BHarian

 

sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2025/03/1376720/mdec-peruntuk-rm15-bilion-perkasa-pendigitalan-pmks

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES

Diagnostic Tools for Rating

Brand Development

Financing Gateway

Outreach

Recognition & Awards

Capacity Building

Technology & Innovation

Bumiputera Entrepreneurs

Market Access

Ministries & Agencies Programmes

INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US