Dalam tahun 2005, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK)telah bersetuju supaya definisi PKS yang sama digunakan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan, pertanian asas dan perkhidmatan.** Definisi ini adalah untuk kegunaan kesemua Kementerian dan Agensi Kerajaan yang ada kaitan dengan pembangunan PKS, dan juga institusi-institusi kewangan.
Kegunaan definisi PKS ini akan:
- memudahkan penggubalan dasar-dasar dan program-program sokongan yang berkesan untuk sektor-sektor sasar ekonomi;
- memudahkan penyediaan bantuan teknikal dan kewangan; dan
- memudahkan identifikasi PKS di pelbagai kategori dan peringkat.
Untuk melihat Garis panduan "Definisi PKS di Malaysia" yang dikeluarkan oleh Sekretariat pada 13 September 2005, sila klik pada lingkaran di bawah.
Muat turun
** Klasifikasi kegiatan ekonomi ini diasaskan kod Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC) 2000.
Kandungan Berkaitan