Laporan ini yang dikeluarkan pada 30 September 2016 oleh SME Corporation Malaysia, selaku Sekretariat kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan menyediakan penilaian terhadap prestasi PKS pada tahun 2015, prospek bagi tahun 2016 dan perkembangan terkini yang memberi kesan kepada PKS. Laporan tahun ini yang bertemakan “Mengatasi Halangan” memberi tumpuan terhadap pelarasan yang perlu dilakukan oleh PKS bagi mengatasi halangan dan cabaran berikutan kemunculan era perniagaan baharu – Revolusi Industri 4.0, penggabungan pendigitalan dan teknologi, integrasi serantau serta trend utama yang lain.
Perkara utama yang ditampilkan adalah sejak sedekad yang lalu, PKS Malaysia telah menunjukkan prestasi yang amat baik, dengan mencatatkan pertumbuhan yang mengatasi pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan. Dalam tempoh 2011 - 2015, PKS berkembang pada kadar purata tahunan sebanyak 6.7% berbanding pertumbuhan purata ekonomi keseluruhan sebanyak 5.3%. Hasilnya, sumbangan PKS kepada KDNK meningkat sebanyak 4.1 mata peratusan kepada 36.3% dalam tempoh lima tahun, disokong oleh prestasi PKS merentasi semua sektor ekonomi.
Rangka kerja institusi yang menyeluruh dan pelan dasar yang jelas telah meletakkan PKS Malaysia pada kedudukan yang menggalakkan untuk terus berkembang. Prospek PKS adalah untuk mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.0 - 5.5% pada tahun 2016 sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjurkan sebanyak 4.0-4.5%. Kerajaan kekal komited untuk menyokong pembangunan PKS dan keusahawanan melalui 125 program yang sedang dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian dan agensi bagi meningkatkan keupayaan dan akses kepada pembiayaan untuk PKS. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Laporan Tahunan ini (dalam format PDF).
Pilih salah satu daripada yang berikut:
Laporan mengikut Bab:
Perutusan YAB Perdana Menteri
Seksyen I Penilaian Ekonomi
Seksyen II Dasar dan Program Pembangunan PKS
- Bab 3 : Dasar Pembangunan PKS dan Keusahawanan
- Bab 4 : Program Pembangunan PKS dan Keusahawanan pada Tahun 2015
- Bab 5 : Program Pembangunan PKS dan Keusahawanan pada Tahun 2016
- Bab 6 : Akses kepada Pembiayaan
Seksyen III Sorotan Khas
- Pendigitalan PKS Malaysia
- Peluang dan Manfaat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) untuk PKS
- Pembangunan Keusahawanan
- Lampiran 1 : Statistik Utama
- Lampiran 2 : Senarai program pada Tahun 2016
- Lampiran 3 : Glosari Singkatan
- Lampiran 4 : Definisi PKS
Ringkasan Laporan Tahunan PKS 2015/16