Assalamualaikum Tuan / puan,
Adalah saya diarah untuk merujuk kepada perkara tersebut diatas.
Seperti tuan / puan sedia maklum, taklimat E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) kepada Pegawai Tadbir Bahagian telah diadakan pada 27 Jun 2019 yang lalu. EPSA adalah inisiatif Kerajaan dan INTAN sebagai alternatif kepada kakitangan awam dalam menjalani kursus / latihan secara berterusan dan terus kekal relevan di pihak jabatan. EPSA mampu menggalakkan penggunaan ICT di kalangan kakitangan awam dan pilihan yang efisien dari segi masa dan kos.
Oleh yang demikian, Pihak Pengurusan telah bersetuju melalui Mesyuarat Pengurusan Bil. 14/2019 untuk melaksanakan kursus atas talian secara rintis kepada semua warga SME Corp. Malaysia.
Sekian Terima Kasih