Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Tuan / Puan / Cik,
Permohonan Sumbangan Tabung BE#SMART di Bawah Projek Skim CSR Prihatin Yayasan Waqaf Malaysia Bagi Pembinaan Semula Perpustakaan Rakyat Sungai Lembing, Kuantan
Dengan segala hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara diatas.
2. Ingin dimaklumkan bahawa SME Corp. Malaysia telah menerima permohonan daripada Yayasan Waqaf Malaysia untuk membuat sumbangan kepada Tabung BE#SMART bagi menampung kos pembinaan semula perpustakaan rakyat Sungai Lembing, Kuantan yang telah musnah dalam kebakaran pada 31 Ogos 2019 yang lalu. Kos pembinaan semua perpustakaan tersebut dianggarkan berjumlah RM1 juta dengan skop pembinaan bangunan 3 tingkat termasuk galeri sejarah, pusat sumber dan bilik komuniti.
3. Oleh yang demikian, Yaysan Waqaf Malaysia menjemput pelbagai pihak samada orang perseorangan atau syarikat korporat untuk menyalurkan sumbangan bagi pembinaan semua perpustakaan tersebut ke akaun seperti berikut:
Yayasan Waqaf Malaysia (Nombor Akaun : 8602218186 - CIMB Islamic Bank Berhad)
4. Untuk makluman semua, sumbangan ini membolehkan tuan / puan layak untuk mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(11C) AKta Cukai Pendapatan 1967 tertakluk, kepada potongan yang boleh dituntut oleh individu sebanyak 7% dan 10% daripada pendapatan agregat selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan. Semua warga SME Corp.Malaysia yang berminat untuk menyalurkan sumbangan ini boleh lah menyalurkan sumbangan masing-masing ke nombor akaun yang tertera diatas. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung sumbangan ini, tuan / puan boleh berhubung terus dengan Cik Haidatul Azia binti Husin di talian 03-88710800 / 0193883395.
Semoga dengan sumbangan dan bantuan orang ramai dapat membantu Yayasan Waqaf Malaysia menampung perbelanjaan pembinaan semula perpustakaan rakyat dan dibalas dengan ganjaran kebaikan oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih