Assalamualaikum
Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Seksyen HCD mengambil perhatian akan pertanyaan daripada pegawai / kakitangan berkenaan pelaksanaan Kemudahan Cuti Kuarantin di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 untuk jangkitan Influenza.
Adalah diperjelaskan bahawa pada masa ini, semua permohonan Kemudahan Cuti Kuarantin tertakluk kepada penyakit berjangkit yang disenaraikan di bawah Pekeliling seperti berikut:
1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
3. Campak (Measles)
4. Chickenpox
5. Difteria
6. Malaria
Justeru, kemudahan Cuti Kuarantin belum lagi diperuntukkan kepada pegawai/kakitangan yang anak mereka dijangkiti Influenza dan/atau penyakit berjangkit lain yang tidak disenaraikan.
Makluman e-mel ini hendaklah dibaca bersama Arahan Pentadbiran Bil. 2/2017.
Lampiran:
Sekian Terima Kasih