ssalamulaikum dan Selamat Sejahtera
Tuan / Puan / Cik,
Sekian Terima Kasih
Languages: | Others |
ssalamulaikum dan Selamat Sejahtera
Tuan / Puan / Cik,
Sekian Terima Kasih
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan / Puan,
JEMPUTAN KE KULIAH ZOHOR
BERTAJUK
"KASIHNYA ALLAH PADA WANITA"
OLEH
USTAZ ZAINAL RASHID AHMAD
23 OKTOBER 2019 (RABU) | 12.30 TENGAH HARI |
SERAMBI MUSOLLA, ARAS 7B
Muslimin & Muslimat dijemput hadir.
Sekian Terima Kasih
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan/puan.
Untuk makluman, Unit Pengurusan Psikologi, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah memanjangkan KAJIAN FAkTOR YANG MENYUMBANG KEPADA TAHAP
KEPUASAN BEKERJA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI WARGA MED DAN AGENSI.
Seksyen HCD telah menghubungi sekretariat MED dan tarikh tutup kepada semua warga SME Corp. Malaysia telah dipanjangkan sehingga 31 Oktober 2019 (Khamis)
Sebagai tanda sokongan tuan/puan, adalah dijemput untuk klik pautan seperti berikut:-
https://forms.gle/N5NCNLvdC439HG377
Sekian Terima Kasih
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan / Puan,
Perkara diatas adalah dirujuk.
Untuk makluman, International Fatwa and Halal Centre, USIM telah memanjangkan Jemputan Menghadiri Bicara Halal 4/2019: Halal in Airlines Industries - From
Chef Perspective kepada SME Corp. Malaysia seperti ketetapan di bawah:
Pendaftaran:
http://bit.ly/BicaraHalal4
Tarikh tutup: 20 Oktober 2019
Seksyen HCD telah menghubungi penganjur dan tarikh tutup kepada semua warga SME Corp. Malaysia telah dipanjangkan sehingga 23 Oktober 2019 (Rabu). Oleh kerana jemputan telah diterima lewat, sekiranya tuan/puan berminat untuk menghadiri program ini, yuran berjumlah RM15.00 perlu ditanggung sendiri oleh peserta. Pendaftaran juga boleh terus dibuat ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau terus melayari link yang tersedia. Tuan/Puan juga perlu mendapatkan kebenaran Ketua Bahagian / Seksyen/ Unit sekiranya berminat untuk hadir.
Sekian Terima Kasih
Assalamua'laikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Tuan / Puan / Cik,
Permohonan Sumbangan Tabung BE#SMART di Bawah Projek Skim CSR Prihatin Yayasan Waqaf Malaysia Bagi Pembinaan Semula Perpustakaan Rakyat Sungai Lembing, Kuantan
Dengan segala hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara diatas.
2. Ingin dimaklumkan bahawa SME Corp. Malaysia telah menerima permohonan daripada Yayasan Waqaf Malaysia untuk membuat sumbangan kepada Tabung BE#SMART bagi menampung kos pembinaan semula perpustakaan rakyat Sungai Lembing, Kuantan yang telah musnah dalam kebakaran pada 31 Ogos 2019 yang lalu. Kos pembinaan semua perpustakaan tersebut dianggarkan berjumlah RM1 juta dengan skop pembinaan bangunan 3 tingkat termasuk galeri sejarah, pusat sumber dan bilik komuniti.
3. Oleh yang demikian, Yaysan Waqaf Malaysia menjemput pelbagai pihak samada orang perseorangan atau syarikat korporat untuk menyalurkan sumbangan bagi pembinaan semua perpustakaan tersebut ke akaun seperti berikut:
Yayasan Waqaf Malaysia (Nombor Akaun : 8602218186 - CIMB Islamic Bank Berhad)
4. Untuk makluman semua, sumbangan ini membolehkan tuan / puan layak untuk mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(11C) AKta Cukai Pendapatan 1967 tertakluk, kepada potongan yang boleh dituntut oleh individu sebanyak 7% dan 10% daripada pendapatan agregat selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan. Semua warga SME Corp.Malaysia yang berminat untuk menyalurkan sumbangan ini boleh lah menyalurkan sumbangan masing-masing ke nombor akaun yang tertera diatas. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung sumbangan ini, tuan / puan boleh berhubung terus dengan Cik Haidatul Azia binti Husin di talian 03-88710800 / 0193883395.
Semoga dengan sumbangan dan bantuan orang ramai dapat membantu Yayasan Waqaf Malaysia menampung perbelanjaan pembinaan semula perpustakaan rakyat dan dibalas dengan ganjaran kebaikan oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih