Languages: Others

400 PKS disasar teroka pasaran luar negara menjelang 2020

NAJIB: Ini adalah satu pakej bantuan bersepadu meliputi kemudahan pembiayaan, kewangan dengan komponen seperti pembungkusan, pensijilan dan pengurusan sistem kualiti serta pembangunan dan inovasi produk akan disediakan. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Keupayaan pra-eksport sejumlah 400 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera disasar dapat ditingkatkan menerusi Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata program GEB ini adalah inisiatif SME Corp Malaysia dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam usaha memastikan pembangunan kapasiti usahawan Bumiputera dalam meneroka dan bersaing di pasaran luar negara.

"Ini adalah satu pakej bantuan bersepadu meliputi kemudahan pembiayaan, kewangan dengan komponen seperti pembungkusan, pensijilan dan pengurusan sistem kualiti serta pembangunan dan inovasi produk akan disediakan," katanya ketika berucap pada Majlis Pertukaran Dokumen Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) di sini, pada Khamis.

Selain itu, latihan juga akan disediakan kepada syarikat yang berpotensi khusus untuk memberi pendedahan mengenai keperluan bagi pasaran negara tertentu.

Ia juga mampu mewujudkan rantaian perniagaan dalam kalangan PKS Bumiputera untuk merebut peluang pasaran di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Program GEB ini turut mendapat sokongan daripada lapan Persatuan dan Dewan Perniagaan Bumiputera yang akan terlibat dan memantau perkembangan syarikat.

 *Sumber: ASTRO AWANI

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US