Languages: Others

#MusaadahCOVID-19: RM196.3 juta disalurkan kepada 10 kelompok sasar - Dr Zulkifli

#MusaadahCOVID-19: RM196.3 juta disalurkan kepada 10 kelompok sasar -  Dr Zulkifli

Menteri Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam sidang media pencapaian 100 hari di Putrajaya pada Rabu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
 
PUTRAJAYA: Sebanyak RM196.3 juta telah disalurkan kepada 10 kelompok sasar termasuk golongan asnaf setakat Mei di seluruh negara menerusi program #MusaadahCOVID-19.

Menurut Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, program itu digerakkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
 
"Bagi kami, kita sudah mengerakkan melalui #MusaadahCOVID-19 dengan menyalurkan sumbangan kepada 10 kelompok sasar yang memerlukan bantuan di seluruh Malaysia dengan perbelanjaan sudah mencecah RM196.3 juta sehingga Mei 2020.

"Bermula 18 Mac, kita menjelajah dari Perlis hingga ke Sabah bagi menyalurkan bantuan mengikut kemampuan kami," katanya.
Selain itu, usahawan mikro B40 serta asnaf yang terjejas akibat pandemik COVID-19 juga menerima bantuan menerusi Program Pembiayaan Mikro i-Tekad dengan dana yang diperuntukkan sebanyak RM5.3 juta.

"Alhamdulilah kerjasama diantara MAIWP, Bank Islam dan SME Corporation membuahkan hasil yang memanfaat kepada umat Islam.

"Program pembiayaan mikro i-Tekad merupakan program kewangan sosial bertujuan menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro B40 dan asnaf yang kebanyakkan punca pendapatan perniagaan terjejas akibat wabak COVID-19," jelasnya ketika membentangkan laporan pencapaian 100 hari sejak memegang jawatan itu di Putrajaya pada Rabu.

Dalam sidang media itu, Dr Zulkifli turut melancarkan laman sesawang www.mira.gov.my bagi membolehkan rakyat melihat pencapaian Kad Laporan Bulanan 100 Hari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi dan jabatan dibawah pentadbirannya dalam memastikan setiap inisiatif dapat dijalankan.
 
 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US