Menurut Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, program itu digerakkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
"Bermula 18 Mac, kita menjelajah dari Perlis hingga ke Sabah bagi menyalurkan bantuan mengikut kemampuan kami," katanya.
Selain itu, usahawan mikro B40 serta asnaf yang terjejas akibat pandemik COVID-19 juga menerima bantuan menerusi Program Pembiayaan Mikro i-Tekad dengan dana yang diperuntukkan sebanyak RM5.3 juta.
"Alhamdulilah kerjasama diantara MAIWP, Bank Islam dan SME Corporation membuahkan hasil yang memanfaat kepada umat Islam.
"Program pembiayaan mikro i-Tekad merupakan program kewangan sosial bertujuan menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro B40 dan asnaf yang kebanyakkan punca pendapatan perniagaan terjejas akibat wabak COVID-19," jelasnya ketika membentangkan laporan pencapaian 100 hari sejak memegang jawatan itu di Putrajaya pada Rabu.
Dalam sidang media itu, Dr Zulkifli turut melancarkan laman sesawang www.mira.gov.my bagi membolehkan rakyat melihat pencapaian Kad Laporan Bulanan 100 Hari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi dan jabatan dibawah pentadbirannya dalam memastikan setiap inisiatif dapat dijalankan.