Languages: Others

Kerjasama SME Corp-MIDF perkenal kemudahan pembiayaan pengukuhan PKS

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia (SME Corp) kini bekerjasama dengan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) untuk menawarkan kemudahan pembiayaan baharu, Pembiayaan Pengukuhan PKS (SMERF).

Dalam kenyataan bersama pada Isnin, SME Corp dan MIDF menjelaskan ia disediakan untuk membantu sektor yang terpinggir serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi masalah kewangan akibat pandemik.

“Kerjasama ini adalah konsisten dalam menyokong PKS sejak dari awal pandemik dan skim pembiayaan baharu ini bertujuan membantu PKS menguruskan aliran tunai dengan lebih baik sekali gus memastikan kelangsungan perniagaan mereka,” menurut kedua-dua pihak.

SMERF, skim pembiayaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) oleh kerajaan yang disalurkan melalui SME Corp dan dilaksanakan oleh MIDF.

 

Ia dirangka untuk memudah cara PKS yang berdaya maju namun menghadapi kekangan kewangan serta bagi sektor yang terpinggir untuk kekal berdaya tahan dan terus berusaha melalui peningkatan kebolehpasaran produk, kemampanan perniagaan serta penerapan teknologi dan modenisasi, jelasnya.

 

SME Corp dan MIDF menekankan skim itu menawarkan pembiayaan sehingga RM250,000 atau sehingga 90 peratus daripada jumlah kos yang layak dengan kadar faedah serendah tiga peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata pembiayaan itu akan mengurangkan kekangan aliran tunai yang dihadapi PKS yang berdaya maju dalam mengukuhkan dan mencapai matlamat perniagaan, di samping memperteguh teras perniagaan serta membina kapasiti dan kemampuan.

Sementara itu, Ketua Divisyen Kewangan Pembangunan MIDF, Azizi Mustafa berkata pihaknya menyokong penuh inisiatif ini dengan memberikan sebanyak mungkin bantuan kepada mereka yang terkesan ketika mengharungi tempoh sukar ini.

 

Permohonan SMERF dibuka kepada PKS mulai 26 Julai, 2021.

PKS dan sektor yang berminat boleh menghubungi MIDF melalui Unit Penasihat Perniagaan di 1-300-88-6433 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk mendapatkan maklumat lanjut. - BERNAMA

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US