Languages: Others

SME Corp laksanakan program sokong usahawan PKS dan mikro

Minggu PMKS berlangsung dari 10 Jun hingga 4 Julai 2022 merentasi semua negeri di seluruh Malaysia dan acara kemuncaknya di Malaysia Grand Bazar, Lalaport Bukit Bintang pada 27 Jun. Foto: SME Corp Malaysia

 

KUCHING, 23 Jun : Program Minggu Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2022 anjuran SME Corp Malaysia di seluruh negara diadakan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan PMKS pelbagai industri.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy berkata, program yang bertemakan Mula Berdikit, Azam Melangit pada tahun ini turut dijalankan bersama satu lagi kempen iaitu Sokong Lokal, Sokong PMKS bagi Minggu PMKS 2022.

“Kempen ini adalah bagi menyokong serta menggalakkan orang ramai untuk hadir serta meraikan Minggu PMKS berlangsung dari 10 Jun hingga 4 Julai 2022 di semua negeri.

“Acara kemuncaknya ialah Malaysia Grand Bazar yang akan diadakan di Lalaport Bukit Bintang pada 27 Jun 2022,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurut Rizal,  aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sewaktu Minggu PMKS termasuklah karnival jualan dan gerai pameran, sesi pemadanan perniagaan dengan jangkaan potensi jualan yang disasarkan sebanyak RM20 juta.

Minggu PMKS 2022 kali ini diadakan bersempena dengan Minggu Usahawan Negara (MUN) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Untuk maklumat lanjut mengenai sila layari www.smecorp.gov.my/MSMEweek atau hubungi 1300 30 6000. – TVS

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US