Languages: Others

Sumbangan PMKS kepada ekonomi RM540.8 bilion pada 2022

Ewon (tengah) pada majlis sidang media Prestasi PMKS 2022 di Bangi, pada Selasa.
Ewon (tengah) pada majlis sidang media Prestasi PMKS 2022 di Bangi, pada Selasa.
 

PERUSAHAAN Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dengan pertumbuhan sebanyak 11.6 peratus dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2022 berbanding 1.3 peratus pada tahun 2021.

Ia termasuk sumbangan PMKS kepada KDNK meningkat daripada 37.4 peratus pada tahun 2021 kepada 38.4 peratus tahun lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pertumbuhan PMKS itu juga kembali mengatasi pertumbuhan KDNK keseluruhan pada kadar 8.7 peratus pada 2022 berbanding 3.3 peratus pada 2021.

"Ini menjadikan sumbangan PMKS kepada ekonomi negara meningkat daripada RM520 bilion pada tahun 2021 kepada RM580.4 bilion pada tahun 2022," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sidang media Prestasi PMKS 2022, di Bangi, pada Selasa.
 

Bagaimanapun ujarnya, peratus sumbangan PMKS kepada jumlah eksport menurun kepada 10.5 peratus pada tahun lepas berbanding 11.4 peratus pada tahun 2021.

"Ia memandangkan eksport oleh syarikat besar dan multinasional berkembang pada kadar yang lebih tinggi," ujarnya. -- SINAR HARIAN

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 03-9213 0077
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US