Pelaporan program keusahawanan dan pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2006. Objektif utama SMEIPA adalah untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program keusahawanan dan pembangunan PMKS oleh Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri. Pemantauan program melalui SMEIPA adalah berdasarkan kepada pencapaian program pada tahun sebelumnya serta perancangan dan pelaksanaan program pada tahun semasa. Edisi SMEIPA 2024 yang bertema 'In the Middle of Every Difficulty Lies Opportunity', memberi tumpuan kepada usahawan dan PMKS yang sedia menghadapi segala cabaran dan rintangan serta menggunakan peluang yang sedia ada untuk membina dan membangunkan perniagaan ke arah yang lebih mampan.