Latar Belakang
Program Micro Connector 2.0 adalah merupakan salah satu inisiatif berterusan oleh SME Corp. Malaysia bagi membangunkan Perusahaan Mikro di negara ini.
Objektif
Program Micro Connector 2.0 ini bertujuan menyediakan sokongan teknikal bagi Perusahaan Mikro untuk meningkatkan produktiviti serta menjalankan perniagaan dengan lebih cekap.
Bidang Tumpuan
Pakej sokongan teknikal untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan dalam bidang seperti berikut;
- digitalisasi & automasi; termasuk solusi berasaskan pengkomputeran awan (cloud computing), Customer Relationship Management (CRM), pengurusan stok, e-commerce, digital marketing & cyber security;
- smart farming (pertanian pintar);
- pembinaan kapasiti kewangan termasuk adaptasi penggunaan perisian perakaunan berkomputer; dan
- lain-lain bidang yang dapat meningkatkan produktiviti serta menambahbaik penawaran produk dan perkhidmatan.
Kumpulan Sasar
Perusahaan Mikro yang berpotensi tinggi jualan tahunan di antara RM150,000 – RM300,000.
Senarai Rakan Pelaksana Program Micro Connector 2.0
No | Program | Bidang Tumpuan | Rakan Pelaksana | Laman Sesawang | Emel | No Telefon | PIC |
1 | Social Commerce | Content Creation & Digital Marketing | KRU MasterClass Sdn Bhd | www.krumasterclass.com | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 017-648 8047 | Ms. Hurin Nabila |
2 | Women Netpreneur Programme: Grow Your Small Business with Digital Transformation | Digital Marketing | Brand 360 Degree Sdn Bhd | www.brand360.com.my | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 017-692 3041 | Ms. Nur Ain Zulaikha |
3 | AdPrenticeship Programme | Digital Marketing | Mix Media Agency (M) Sdn Bhd | www.mixmediaagency.com/programme | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 011-5414 3374 | Mr. Meor Arif Amirul |
4 | Program Klik Klik Senang Akaun | Digitization Accounting System | Gold-Cheers Holding (M) Sdn Bhd | www.senangakaun.com | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 011-3374 5787 | Mr. Mohamed Ayub |
5 | Sabah Entrepreneurs Digital Transformation (EDIT) | Accounting System & Marketing Digital | RNR Fitra Management Sdn Bhd | www.fitra.my | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 014-662 9798 | Ms. Nor Farahani |
6 | Biz Digitalisasi CermatApp | Accounting System | Gear Works Technologies Sdn Bhd | www.cermatapp.my | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 013-817 8190 | Mr. Wan Dzulkarnain |
7 | Kursus Transformasi Portfolio Kewangan Usahawan : Zero to Hero | Accounting System | Applied energy Solutions Sdn Bhd | www.akpk.org.my/my-bijak-niaga | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 012-987 8600 | Ms. Lora Dash |
8 | EzySME Hub 2.0 | CRM & E-Commerce Marketing | NSI Solutions Sdn Bhd | www.nsisb.com | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 016-206 7272 | Mr. Ju |
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
Urusetia Program Micro Connector
Bahagian Pemantauan Dasar & Pembangunan Inklusif
SME Corp. Malaysia, Aras 6, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program tersebut bergantung pada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menangguhkan Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan kepada siapa pun, dan meminta penghentian segera dari penggunaan tertentu dari Program. Di samping itu, kami berhak mengikut budi bicara mutlak kami untuk menangguhkan, menghentikan atau menyekat akses orang ramai ke Program pada bila-bila masa dan dengan alasan apa pun. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana Pihak yang menyertai Program ini.
AMARAN:
Memberikan maklumat palsu atau mengelirukan untuk tujuan menipu SME Corp. Malaysia adalah jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang hukumannya merangkumi penjara dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda. Sebagai tambahan, SME Corp. Malaysia boleh menolak sebarang faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikemukakan
AMARAN:
Terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai juruperunding atau ejen bagi pihak SME Corp. Malaysia untuk pelaksanaan semua Program Pembangunan PMKS. SME Corp. Malaysia TIDAK pernah melantik juruperunding atau ejen serta TIDAK mengenakan sebarang caj perkhidmatan bagi mana-mana program ini dan dakwaan tersebut merupakan satu kesalahan serius. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi Talian Info (1-300-30-6000).