Bahasa: Lain-lain

Perniagaan Inklusif (IB)

 

Apa itu Perniagaan Inklusif (IB)

Berdasarkan ASEAN Inclusive Business Framework (AIBF) yang telah disahkan pada 2017, Model Perniagaan Inklusif (Inclusive Business - IB) merupakan perniagaan yang menyediakan barangan, perkhidmatan dan mata pencarian berdaya maju secara komersial, sama ada pada skala atau berskala, kepada golongan yang berada di dasar piramid ekonomi (bottom of pyramid - BoP), menjadikan mereka sebahagian daripada rantaian nilai perniagaan teras syarikat sama ada sebagai pengguna (pelanggan), pengeluar, pembekal, pengedar dan peruncit).

 

Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI)

Dilancarkan pada Ogos 2022 sebagai projek rintis, Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VDCI) bertujuan membantu meningkatkan perusahaan mikro dan komuniti inklusif berpotensi termasuk B40 dan sebagainya untuk menjana pendapatan secara diintegrasikan dalam rantaian nilai / bekalan Syarikat Prinsipal IB (SP-IB) yang dikenalpasti dalam kalangan PKS dan syarikat bersaiz besar yang menerapkan elemen IB dalam menyediakan intervensi bersesuaian kepada kumpulan sasar.

 

Mekanisma Pelaksanaan

  1. Coaching diberikan kepada syarikat yang berpotensi sebagai Syarikat Prinsipal IB (SP-IB) dan membantu mereka untuk merangka model IB dalam perniagaan sebelum dilantik sebagai SP-IB
  2. SP-IB yang dilantik memberi latihan kepada komunit inklusif dan memastikan pematuhan kepada kaedah pelaksanaan projek IB
  3. Pemantauan ke atas SP-IB dan komuniti inklusif dalam pelaksanaan projek

 

Projek IB

Kaedah sinergi ke arah pelaksanaan projek menerusi intervensi kedua-dua pihak iaitu Kerajaan dan sektor swasta. Intervensi adalah berbeza-beza mengikut projek yang dilaksanakan oleh syarikat anchor bagi mengintegrasi komuniti inklusif ke dalam rantaian nilai/bekalan

 

Perlukan sebarang penjelasan atau ingin membentangkan cadangan projek? Kami sedia membantu. Hubungi kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI