Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang mewujudkan rangka kerja bagi memudah cara pendanaan ramai dengan objektif untuk membolehkan PKS mendapatkan pembiayaan di peringkat awal perniagaan. Sebagai sebahagian daripada usaha Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk memupuk dan memudah cara inovasi berasaskan pasaran dalam Teknologi Kewangan (FinTech), rangka kerja kawal selia untuk Pendanaan Ramai Ekuiti (ECF) telah diperkenalkan pada Februari 2015. Dalam meneruskan inisiatif ini, SC turut memperkenalkan rangka kerja kawal selia untuk pinjaman terbuka Antara Rakan Setara (P2P), dengan menetapkan peraturan-peraturan untuk pendaftaran dan garis panduan bagi pengendali P2P pada Mei 2016.
Setakat Jun 2020, sepuluh (10) operator ECF telah berdaftar dengan SC. Sejak itu, sejumlah RM110.26 juta modal telah dikumpul melalui 106 kempen yang telah berjaya dilaksanakan oleh 102 issuers . Selain tu, sebelas (11) platform P2P juga telah berdaftar dengan SC. Sebanyak 10,824 kempen telah berjaya dilaksanakan oleh 2,231 issuers dengan mengumpul modal berjumlah RM798.32 juta.
EQUITY CROWDFUNDING (ECF)
Pendanaan Ramai Ekuiti (ECF) adalah satu bentuk pengumpulan dana alternatif berinovatif yang membolehkan perniagaan kecil mengumpul modal daripada orang awam dengan menggunakan platform atas talian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). ECF membenarkan perniagaan kecil untuk menawarkan ekuiti dalam syarikat mereka kepada pelabur, yang mana seterusnya akan melabur dalam idea perniagaan yang berpotensi. Dengan adanya ECF, pelabur berpeluang untuk mempelbagaikan pelaburan mereka di luar kelas aset tradisional.
Bagaimanakah Cara Memohon?
Sila daftar terus di laman web Pengendali ECF untuk urusan permohonan.
Senarai Pengendali ECF |
||||
No. |
Logo |
Nama |
Ditubuhkan / Dilancarkan |
Laman Web |
1. |
Ata Plus Sdn. Bhd. |
2014 |
||
2. |
|
Crowdo Malaysia Sdn. Bhd. |
2013 |
|
3. |
|
Eureeca SEA Sdn. Bhd. |
2013 |
|
4. |
|
FBM Crowdtech Sdn. Bhd. |
2013 |
|
5. |
|
Fundnel Technologies Sdn. Bhd. |
2018 |
|
6. |
|
Pitch Platform Sdn. Bhd. |
2012 |
|
7. |
|
Crowdplus Sdn. Bhd. |
2015 |
|
8. |
|
Leet Capital Sdn. Bhd. (1337 Ventures) |
2019 |
|
9. |
|
Ethis Ventures Sdn. Bhd. |
2019 |
|
10. |
|
MyStartr Sdn. Bhd. |
2019 |
PEMBIAYAAN ANTARA RAKAN SETARA (P2P)
Pembiayaan Antara Rakan Setara (P2P) adalah satu lagi bentuk pembiayaan berinovatif yang meningkatkan keupayaan usahawan dan perniagaan kecil untuk mendapatkan modal daripada sekumpulan peminjam individu dalam jumlah yang kecil. P2P membolehkan perniagaan untuk meminjam dan pelabur untuk meminjam kan modal melalui platform atas talian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Bagaimanakah Cara Memohon?
Sila daftar terus di laman web Pengendali P2P untuk urusan permohonan.
Senarai Pengendali P2P
|
|||
No. |
Logo |
Nama |
Laman Web |
1. |
Bay Smart Capital Ventures Sdn. Bhd. |
||
2. |
Capsphere Services Sdn. Bhd. |
||
3. |
QuicKash Malaysia Sdn. Bhd. |
||
4. |
B2B Finpal Sdn. Bhd. |
||
5. |
Modalku Ventures Sdn. Bhd. |
||
6. |
Peoplender Sdn. Bhd. |
||
7. |
FBM Crowdtech Sdn. Bhd. |
||
8. |
MicroLEAP PLT |
||
9. |
Ethis Kapital Sdn. Bhd. |
||
10. |
Moneysave (M) Sdn Bhd |
||
11. |
Crowd Sense Sdn Bhd |
(“SENARAI PENGENDALI PASARAN BERDAFTAR YANG DIIKTIRAF," t.th.)
RUJUKAN
Laporan Tahunan 2019 (t.th.). Dipetik daripada:
https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=a0099ceb-8908-44d3-9399-950e83d86f53
Senarai Pengendali Pasaran Berdaftar yang Diiktiraf (t.th.). Dipetik daripada:
https://www.sc.com.my/development/digital/digital-initiatives#id-fintech
Pendanaan Ramai Ekuiti (t.th.). Dipetik daripada:
https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=69cb6d1b-3703-4835-8467-5e10e4f54b
Pembiayaan Antara Rakan Setara (P2P) (t.th.). Dipetik daripada:
https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=69cb6d1b-3703-4835-8467-5e10e4f54b