Bahasa: Lain-lain

Bantuan Pematuhan Pensijilan Halal di Bawah Program Pembangunan Kapasiti Usahawan Industri Halal

SME Corp. Malaysia telah diberi mandat untuk melaksanakan Bantuan Pematuhan Pensijilan Halal atau sebelum ini dikenali juga dikenali sebagai Reach Out To Entrepreneur Programme (ROTE) yang bertujuan membantu syarikat-syarikat PMKS di Malaysia mendapatkan pensijilan halal. Bantuan yang diberikan adalah pembiayaan berbentuk geran bagi kos-kos yang terlibat dalam mendapatkan pensijilan halal Malaysia dengan nilai maksimum sebanyak RM10,000.00 setiap syarikat.

Skop Pembiayaan

  • Yuran kursus Pensijilan Halal
  • Kos lantikan khidmat Perunding untuk Pensijilan Halal
  • Fi Pensijilan Halal
  • Kos Perkhidmatan Analisis Produk (Ujian makmal)
  • Kos Pembelian Peralatan

 

Kriteria Kelayakan

  • Mempunyai Sijil Perakuan Status PMKS yang masih sah.
  • Telah memohon pensijilan Halal Malaysia pada tahun 2022 - 2024.

 

NOTA PENTING

  • Pembiayaan adalah berdasarkan tuntutan semula di mana syarikat perlu membuat pembayaran penuh untuk skop yang layak dibiayai dan mengemukakan tuntutan kepada SME Corp. Malaysia menggunakan Borang Tuntutan yang akan diberikan bersama Surat Tawaran. Tuntutan perlu dikemukakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan (resit, invois dsb)
  • Kos yang layak dituntut adalah kos yang dibayar kepada pembekal dalam tempoh 1 Januari 2022 – 31 Disember 2024
  • Hanya syarikat yang diluluskan dan menerima Surat Tawaran sahaja yang layak membuat tuntutan
  • Penyertaan syarikat adalah tertakluk kepada baki dana yang masih ada.
  • Pihak Sekretariat berhak menolak mana – mana permohonan yang tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

 

Permohonan
Syarikat yang berminat boleh mengisi borang permohonan di pautan https://tinyurl.com/yvrard8j

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut untuk keterangan lanjut :

  • Zubaidah Mohamad 03-27756119 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Nor Azma Abdul Aziz 03-27756081 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Mohd. Syahir Noordin 03-27756096 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI