Mengenai SCORE
Konsep Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) yang merupakan alat diagnostik bagi menilai dan meningkatkan daya saing PKS berdasarkan prestasi dan keupayaan mereka, mula dibangunkan dan diperkenalkan pada 2007. Pelaksanaan awal telah dijalankan ke atas syarikat-syarikat dalam sektor pembuatan untuk mengukur keberkesanan geran-geran yang diterima oleh syarikat-syarikat bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Sejak itu, proses SCORE telah diterima oleh pelbagai sub-sektor di Malaysia kerana ia menyediakan penanda untuk mengukur daya saing dan keupayaan syarikat-syarikat di peringkat firma. SCORE juga telah digunakan sebagai alat bagi tujuan pemadanan perniagaan untuk akses pasaran yang lebih baik dan juga sebagai petunjuk awal bagi tujuan akses kepada pembiayaan.
Objektif
• Memperolehi data asas berkenaan PKS
• Menilai dan menjejaki keupayaan dan prestasi PKS
• Menghubungkan PKS berpotensi dengan syarikat besar, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pasar raya besar
• Menghubungkan syarikat sedia eksport dengan MATRADE dan MIDA
• Memastikan dana dimanfaatkan dengan lebih baik dan sumber lebih tertumpu
Manfaat SCORE
Salah satu objektif utama SCORE adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dalam membantu pembangunan PKS di Malaysia. Dengan penumpuan ini, SCORE telah berjaya mewujudkan perkongsian strategik dengan badan-badan dari pelbagai industri yang mempunyai potensi untuk membantu dan menyokong PKS dalam membina kapasiti dan keupayaan mereka.
Rakan Kerjasama Strategik kami adalah seperti berikut:
- Menangani kelemahan PKS dengan pendekatan lebih fokus dan memberi bantuan serta bimbingan bersepadu kepada PKS;
- Menghubungkan PKS berpotensi dengan syarikat besar, syarikat multinasional (MNC) dan peruncit; dan
- Membantu PKS secara lebih teratur dan berstruktur agar SME Corp. Malaysia dapat memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pembinaan kapasiti syarikat bertaraf 3 Bintang dan ke bawah, manakala syarikat 4 Bintang dan 5 Bintang boleh dipersiapkan dan dibawa ke pasaran antarabangsa.
Apa itu SCORE?
SCORE adalah alat diagnostik yang memberi penarafan bintang untuk menunjukkan tahap prestasi PKS berdasarkan tujuh kriteria penilaian iaitu kekukuhan kewangan, prestasi perniagaan, sumber manusia, pemerolehan dan penerapan teknologi, pensijilan dan kehadiran pasaran.
Penarafan |
Ciri-ciri PKS |
Bantuan yang diberikan |
0-2 Bintang |
Peringkat asas dengan proses secara manual /separa automatik |
Bantuan dan bimbingan bersepadu |
3 Bintang |
Separa ke automatik sepenuhnya
|
Development Programmes |
4 Bintang |
Automatik sepenuhya
|
Hubungan dengan syarikat berskala besar / syarikat multinasional / MATRADE
|
5 Bintang |
Automasi bertahap tinggi
|
Hubungan dengan syarikat berskala besar / syarikat multinasional / MATRADE
|
Sekiranya anda memerlukan butiran yang lebih lanjut, sila layari www.score.gov.my
Muat turun brosur SCORE [PDF]
SEKRETARIAT
SME Corp. Malaysia
Aras 4, SME 1, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
En. Muhammad Fareeq Kumar
Tel : 03 - 2775 6007
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kerjasama Rakan Perkongsian Strategik
- Pn. Hazina Mohamad
Tel : 03-27851515/03-27851506
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. - Pn. Norizah Mansor
Tel : 03-40274080
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. - Pn. Ida Zuraida Md. Yusof
Tel : 03-26170341/03-26170200
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. - Pn. Sheryn Sum Pei San
Tel : 03 8315 3000/03-83153388
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. - Pn. Che Fara Nurnazili Ramli
Tel : 03-26988415
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.