Bahasa: Lain-lain

Program MyInnoCERT

LATAR BELAKANG

Program pensijilan 1-InnoCERT (Innovation Certification for Enterprise Rating and Transformation) telah diperkenalkan oleh SME Corp. Malaysia dan SIRIM sebagai rakan pelaksana sejak tahun 2010. Program pensijilan 1-InnoCERT ini bertujuan untuk menggalak dan membangunkan syarikat berinovatif di Malaysia sepertimana yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Inovasi Negara dan Majlis Inovasi Negara.

 

Pensijilan 1-InnoCERT yang diberikan akan mengenal pasti dan mengesahkan syarikat inovatif melalui standard inovasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sebanyak 163 syarikat telah menerima pensijilan 1-InnoCERT ini sejak tahun 2010.

 

Pada tahun 2024, SME Corp. Malaysia memperkenalkan Program MyInnoCERT yang lebih mesra pengguna dan mudah bagi syarikat membuat penilaian kendiri (self-assessment) bagi mengetahui tahap inovasi syarikat, meningkatkan tahap inovasi serta menggalakkan pertumbuhan di kalangan PKS melalui program pembangunan kapasiti.

 

OBJEKTIF

  • Mengenal pasti keupayaan dan kapasiti inovasi di kalangan PKS;
  • Berpeluang untuk mengikuti program / latihan / inisiatif pembangunan kapasiti seperti digitalisasi dan ESG serta khidmat nasihat teknikal sebagai salah satu faedah / kelebihan di bawah penilaian MyInnoCERT; dan
  • Akses kepada fasilitasi bantuan (termasuk bantuan kewangan dan bukan kewangan) untuk meningkatkan tahap inovasi di kalangan PKS melalui kerjasama agensi lain dan organisasi antarabangsa bagi melengkapkan landskap inovasi di Malaysia.

 

KRITERIA KELAYAKAN

  1. Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Registration of Business (ROB) atau Ordinan Perlesenan Perdagangan untuk di Sabah & Sarawak.
  2. Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya 12 bulan beraudit terkini;
  3. Memiliki Perakuan Status PMKS Malaysia yang dikeluarkan oleh SME Corp. Malaysia;
  4. Mempunyai penarafan SCORE 3-Bintang; dan
  5. Pemegang Saham atau Pemilik Syarikat tidak terlibat dalam mana – mana aktiviti yang melanggar undang – undang Malaysia.

 

SEKTOR TUMPUAN

  • Pertanian
  • Alam Sekitar
  • Perisian
  • Pembuatan
  •  Expert design
  • Perkhidmatan
  • Bioteknologi

 

CARA MEMOHON
Syarikat yang berminat untuk menyertai program MyInnoCERT, sila klik di pautan berikut: https://tinyurl.com/MyInnocert

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Maklumat yang dikemukakan oleh Syarikat di dalam penilaian kendiri adalah dianggap benar tanpa sebarang prejudis;
  • Maklumat serta keputusan penilaian tidak akan diubah setelah diserahkan;
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urus Setia di talian 03-2775 6182 / 6263, (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI