BEEP bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PMKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu bagi memperkukuhkan teras perniagaan PMKS; membina kapasiti dan keupayaan; meningkatkan produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan. Maksimum geran adalah sehingga RM500,000.00.
Kriteria Kelayakan
- Sijil Status PMKS; (klik sini)
- Syarikat bersaiz mikro *, kecil & sederhana sahaja;
- 60% ekuiti syarikat adalah milikan Bumiputera;
- Beroperasi di premis perniagaan yang sah;
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan;
- Telah mempunyai Sijil SCORE yang masih sah tempohnya ATAU sekiranya telah berdaftar bagi penilaian SCORE, sijil SCORE perlu disertakan sebelum membuat tuntutan akhir; dan
- Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal;
* Perusahaan mikro yang dibenarkan memohon Program BEEP:
- Beroperasi di premis perniagaan yang sah; dan
- Jualan tahunan melebihi RM100,000; ATAU
- Sekiranya baru memulakan perniagaan, syarikat perlu beroperasi sekurang-sekurangnya 6 bulan dan mencapai jualan tahunan RM100,000.00.
Pakej Bantuan
- Produktiviti dan Automasi;
- Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT;
- Peningkatan Pembungkusan Produk;
- Pembangunan Penjenamaan dan Promosi;
- Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);
- Pembangunan dan Inovasi Produk; dan
- Penyenaraian di pasaran Bursa Malaysia
Permohonan
Permohonan BEEP telah ditutup.
Muat turun brosur Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) [PDF]
Fi Pemprosesan
Bermula tahun 2023, fi pemprosesan akan dikenakan kepada permohonan baharu seperti berikut:
- RM500 untuk PKS Kecil dan Sederhana; dan
- RM300 untuk PKS Mikro.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia Program BEEP :
- Pn. Nor Eryani bt. Mat Aziz (03-2775 6133)
- Pn. Shaz Lina bt. Shaari (03-2775 6103)
emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
SME Corp. Malaysia
Aras 7, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Info Line : 03-9213 0077
Fax: 03-2775 6001
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.
SME Corp. Malaysia juga tidak pernah melantik juruperunding/pihak ketiga bagi syarikat mengisi dan mengemukakan permohonan di bawah program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan juruperunding/pihak ketiga, SME Corp Malaysia berhak membatalkan/menarik balik permohonan syarikat secara automatik.
AMARAN:
Mengemukan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.
SME Corp. Malaysia juga ingin mengenengahkan mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.