Pelan Strategik Perniagaan SME Corp. Malaysia (2022 - 2030) yang menetapkan hala tuju strategik korporat SME Corp. Malaysia untuk tempoh sembilan tahun telah dikeluarkan pada 27 September 2022. Strategi korporat yang dibangunkan ini adalah selaras dan menyokong Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN 2030), Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Bertemakan ‘Merintis Transformasi Perniagaan’, Pelan ini digubal bagi membantu SME Corp. Malaysia dalam usahanya memangkin transformasi PMKS ke arah mencapai kemampanan dan lonjakan pertumbuhan perniagaan. Berpandukan strategi jangka panjang, ia berdasarkan pelan asas usaha yang terselaras, sistematik dan kolektif bagi mewujudkan lebih banyak PMKS dalam rantaian bekalan domestik dan global serta perusahaan mikro yang berdaya maju.
Link: Download [PDF]
Nota : Pengguna boleh klik link untuk dapatkan salinan buku dalam bentuk pdf