Bahasa: Lain-lain

Program GrowBiz

 

Apa itu GrowBiz?

Program GrowBiz merupakan satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) oleh SME Corp. Malaysia yang menyasarkan secara khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan membimbing perusahaan mikro bagi menaiktaraf perniagaan mereka menjadi perusahaan bersaiz kecil. GrowBiz akan dikendalikan oleh Rakan Pelaksana berkelayakan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia dengan pengalaman yang luas dalam transformasi perniagaan PMKS.

 

Apakah matlamatnya?

GrowBiz menggunakan pendekatan hand-holding bermodul yang berstruktur merangkumi elemen bimbingan perniagaan dan latihan, penarafan perniagaan dan pensijilan, serta pemantauan perniagaan untuk membimbing perusahaan mikro mentransformasi perniagaan mereka ke tahap seterusnya.

 

Apa yang dijangka?

Semua peserta GrowBiz disyaratkan supaya menjalani modul latihan khusus dan disesuaikan yang merangkumi:

  • Transformasi Kendiri
  • Kembara Keusahawanan
  • Komunikasi Perniagaan
  • Pengurusan Operasi
  • Pemasaran & Penjenamaan
  • Pengurusan Sumber & Kewangan
  • Pematuhan & Perundangan Perniagaan
  • Transformasi Teknologi & Digitalisasi
  • Pengurusan Perhubungan Pelanggan
  • Model & Sistem Perniagaan


Siapa sasarannya?

GrowBiz terbuka kepada perusahaan mikro yang berpandangan positif dan bersedia untuk transformasi ke arah norma baharu demi untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap seterusnya. Perusahaan mikro dari seluruh Malaysia yang mewakili pelbagai kaum, sektor dan industri akan dipilih untuk menyertai program ini termasuk perusahaan mikro milikan wanita dan belia.

 

Bagaimana ia dikendalikan?

  • GrowBiz menawarkan latihan intensif kepada perusahaan mikro yang layak untuk menyertai.
  • Sesi latihan dan bimbingan untuk perusahaan mikro yang menyertai akan dikendalikan secara hands-on oleh Rakan Pelaksana.
  • Perusahaan mikro yang menyertai akan dipantau bagi tujuan penilaian oleh Rakan Pelaksana dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh sesi latihan bermula dan enam (6) bulan selepas tamat program.
  • Perusahaan mikro yang menyertai perlu menjalani penarafan SCORE oleh SME Corp. Malaysia dalam tempoh pelaksanaan Program GrowBiz bagi menilai prestasi semasa syarikat.
  • Perusahaan mikro yang menyertai perlu membuat Pendaftaran Status PMKS oleh SME Corp. Malaysia bagi mengesahkan sesuatu syarikat / perniagaan adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam tempoh program dijalankan.

 

Apakah struktur yuran?

SME Corp. Malaysia akan membiayai 70% daripada kos pakej program untuk semua peserta GrowBiz. Perusahaan mikro yang menyertai hanya perlu membayar baki 30% sebagai yuran penyertaan bersama dengan caj RM600.00 bagi pendaftaran Status PMKS dan penarafan SCORE.

 

Siapa yang layak?

  1. Perusahaan Mikro dengan jualan tahunan sekurang-kurangnya RM200,000 dengan keutamaan diberikan kepada perniagaan yang telah mencapai jualan tahunan sekurang-kurangnya RM250,000.
  2. Perusahaan Mikro yang berdaftar dengan Akta Syarikat 1965 atau 2016 / Pendaftaran Perniagaan (1956) / Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 / Ordinan Perniagaan, Profesion & Perlesenan Perdagangan (HANYA untuk Sabah dan Sarawak) / berdaftar dengan mana-mana badan profesional yang diiktiraf oleh undang-undang.
  3. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti milikan warganegara Malaysia.
  4. Beroperasi di premis perniagaan yang sah dan mempunyai Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
  5. Syarikat perlu mengemukakan Penyata Kewangan Diaudit / Akaun Pengurusan sekurang-kurangnya satu (1) tahun (terkini).
  6. Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang telah menerima penarafan sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam MCORE atau 1 Bintang dalam SCORE.
  7. Perusahaan mikro yang terlibat dalam industri berimpak tinggi seperti berikut digalakkan untuk memohon:
    1. Pertanian pintar
    2. Aeroangkasa
    3. Elektrik dan elektronik
    4. Peranti perubatan
    5. Industri Halal
    6. Pelancongan
    7. Minyak & gas
    8. Biojisim / Bioteknologi
    9. Kesihatan & gaya hidup

Bagaimana peserta dipilih?

  • Sesi temuduga akan dikendalikan bagi pemilihan peserta.
  • SME Corp. Malaysia berhak ke atas pemilihan akhir peserta. Hanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan.

Nota:

Pemohon daripada mana-mana perusahaan mikro yang pernah menyertai Program GrowBiz terdahulu tidak layak untuk menyertai Program GrowBiz 2023.

  

Siapa untuk dihubungi?

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Program GrowBiz 2023, sila hantar permohonan anda kepada:

Bahagian Pemantauan Dasar dan Pembangunan Inklusif

SME Corp. Malaysia

Aras 6, Blok C, Platinum Sentral

Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral

50470 Kuala Lumpur


Perhatian:
Urusetia Program GrowBiz 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Infoline: 1 300 30 6000

 

Bilakah tarikh akhir?

31 Mac 2023
 

Senarai Peserta Alumni Program GrowBiz 2021/2022
* Sila klik nama syarikat untuk maklumat lanjut

  Nama syarikat Produk / Perkhidmatan
1 Beauty And Billionaire Empire Sdn Bdn Kecantikan 
2 Cahaya Kembar Enterprise Spa & Beauty
3 Kroh Electrical Engineering  Pemborong, Pembekal & Peruncit Barangan Perkakasan Elektrik & Penyaman Udara.
4 Yi Shan Ge Enterprise Shay Brand Cold Brew Tea & Tea Set
5 D Baraka Burrito Restoran Makanan Mexico
6 Yus Workshop & Services Services Baikpulih Kenderaan
7 Kasturi Capital Holding Sdn. Bhd.  Food And Beverage - Restaurant Nypd 
8 La' Seri Collections Kraf Akademi /Fashion/Life Style With Rough, Nature & Native / Conventional & Comtemporary
9 Hanc Global Food Sdn Bhd Pengeluar Sambal & Pes Masakan
10 Daminshah Enterprise Kontraktor
11 Restoran Bamboo House Makanan Dan Minuman
12 Almas Niaga Sdn Bhd Pakaian & Kurma
13 Barokah Agro Enterprise Ikan Keli Segar Dan Cili Besar
14 Percetakan Darul Rizq & Enterprise Percetakan
15 Mama Keen Empire Pembuatan Rempeyek Dan Katering 
16 Monkeynastix (Malaysia) Sdn. Bhd.  Physical Education Movement For Kids 1-8 Years Old
17 Salai Warisan Bonda Enterprise Daging Salai , Keli Salai ,Puyuh Salai, Itik Salai
18 S&J Hustle Empire Makanan
19 Jaz Resources Pastri Dan Kek
20 Saleha Mat Couture Service/ Gaya Hidup
21 Toys Planet Star Enterprise  Membekal Dan Menjual Peralatan Sekolah Utk Anak2 Berkeperluan Khas 
22 Apple Spray Resources Mengecat Dan Membaikpulih Kenderaan Luaran Dan Dalaman Kenderaan.
23 Haqira Medicare Sdn Bhd Medical
24 Chung Sign Solutions Sdn Bhd Signboard Dan Signage
25 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Kuih Bahulu
26 Bella Zarra Catering Services  Pembuatan Sambal Dan Pes Masakkan 
27 Cr Khan Global Trading Frozen Food
28 Kalori Truck Food Truck
29 Innovative Chocolate Sdn Bhd Produk Coklat, Minuman Coklat Dan Snek Berasaskan Koko
30 Mozacrunch International Sdn Bhd Food And Beverages
31 Tehki Food Manufacturing Sdn Bhd Noodles Manufacturing
32 Mto Resources  Kami Ada Pengeluar Produk Penjagaan Berpantang Berjenama Tungbayee
33 Azlans Enterprise Foodtruck (Pisang Goreng Cheese)
34 Absolute Wellness Studio Senaman
35 Healin Resources Central Sdn Bhd Suplimen Kesihatan Dan Rawatan Estetik
36 Skybarrel Sdn Bhd Edible Bird’S Nest (Sarang Burung Walet)
37 Kiddie Care Centrem Terapi Carakerja Untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas 
38 Shiffa Enterprise Rempah Kari
39 Mee Rebus Wan Chik Kedai Makan Mee Rebus Dan Bihun Sup Utara Dan Rakan Niaga Goreng Pisang Crispy
40 My Delicacies  Produk
41 Famillion Sdn Bhd Msp -My Smart Plan
42 Omega Office Solutions Menjual ,Menyewa ,Mesin Prostate Dan Percetakan
43 Nuri Wellness Centre Perkhidmatan Urut, Refleksologi Dan Akupuntur
44 Ayayu Sdn Bhd Batik Textile Dan Fashion Handcrafted In Malaysia
45 Rq Expert Supplies Pets Supplies
46 Iddas Frozen  Pengeluar Dan Pembekal Kuih Muih Sejuk Beku 
47 Kaki Lima Burger Bakar Makanan ( Nasi Kandar)

 

 

Penafian:

Pelaksanaan Program adalah berdasarkan ketersediaan dana bagi tahun 2023. SME Corp. Malaysia berhak memilih atau tidak mempertimbangkan sebarang permohonan bagi menyertai Program GrowBiz 2023 yang tidak memenuhi kriteria serta terma dan syarat yang ditetapkan. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI