Mesyuarat Meja Bulat PKS Asia Timur telah diperkenalkan oleh En. Takao Suzuki, Pengerusi Pertubuhan bagi Perusahaan Kecil & Sederhana dan Inovasi Serantau, Jepun (SMRJ), sebagai agenda bagi mewujudkan ruang untuk agensi-agensi pembangunan PKS bagi rantau Asia Timur berkongsi maklumat tentang persekitaran perniagaan dan berusaha untuk mencapai matlamat yang sama.
Pada Mesyuarat Meja Bulat PKS Asia Timur yang ke-10 yang telah dianjurkan oleh Agensi Pembangunan Perusahaan (AED), Kementerian Perancangan dan Pelaburan, Vietnam pada (include date) dan disertai oleh SMRJ; Pejabat Promosi PKS, Thailand (OSMEP), Perbadanan Perniagaan Kecil dan Sederhana Korea (SBC) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Antara topik utama yang dibincangkan termasuk:
- “Memacu Inovasi PKS” oleh SMRJ;
- Pembiayaan Projek sebagai Skim Pembiayaan PKS yang baharu bagi memupuk Industri Kandungan Kebudayaan di Korea oleh SBC; Pengalaman Thailand dalam menggalakkan aktiviti-aktiviti inovasi kepada PKS” oleh OSMEP;
- Menyokong PKS dalam Perubahan secara Kreatif dalam Menyertai Rantaian Nilai Global oleh AED
- Menggalakkan Aktiviti- aktiviti Inovasi kepada PKS oleh SME Corporation Malaysia.