Program Ekosistem Inklusif PKS atau lebih dikenali sebagai I-SEE adalah kesinambungan daripada Program Berimpak Tinggi 6 (HIP 6) – Program Inovasi Inklusif yang telah dilaksanakan dari tahun 2015 dan tamat pada tahun 2020 selari dengan berakhirnya Pelan Induk PKS 2012 – 2020.
Objektif I-SEE adalah untuk memperkasa kumpulan 40% terendah dalam piramid pendapatan dengan memanfaatkan inovasi. Program akan menggalakkan transformasi komuniti, termasuk perusahaan mikro di kawasan luar bandar menerusi bimbingan dan penyediaan sokongan teknikal dan bantuan kewangan. Program ini akan dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia bersama beberapa rakan strategik.
Skop Bantuan
- Geran maksimum RM200,000 untuk setiap innovator/ PKS bagi:
- Perlindungan harta intelek termasuk prior art search;
- Rekabentuk konsep dan pembangunan prototaip;
- Prototaip pengeluaran dan piawaian;
- Ujian dan pengesahsahihan produk; dan
- Pensijilan kepatuhan dan kawal selia
- Inclusive Innovation Acquisition Fund (IIAF) dengan kos sehingga RM1 juta bagi Kerajaan membeli hak milik intelek yang bersesuaian daripada innovator dan dimasukkan di dalam open source untuk kegunaan secara percuma oleh kumpulan 40% terendah dalam piramid pendapatan.
- Aktiviti sokongan:
- Risikan pasaran dan pemprofilan komuniti;
- Projek rintis di komuniti;
- Pembelajaran dan latihan penggunaan inovasi di komuniti;
- Akses dan penjajaran inovasi kepada pasaran melalui pengenalan produk kepada pasaran; dan
- Perkhidmatan penyumber luaran dalam bidang perundangan dan pakar khusus)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn. Haniza Zainul Abidin Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Tel: 03-2775 6294
En. Mohammed Zulfikar Ibni Mohamed Hazri Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Tel: 03-2775 6281