Sebagai latar belakang, kerjasama Perusahaan Kecil dan Sederhana bermula pada tahun 1995, apabila pembangunan PKS menjadi salah satu keutamaan di peringkat ASEAN. Dalam hal ini, Kumpulan Kerja PKS ASEAN (SMEWG) diwujudkan untuk merumuskan dasar, program dan aktiviti untuk pembangunan PKS. SMEWG berfungsi sebagai platform untuk perundingan dan penyelarasan untuk memastikan pembangunan PKS terus berkembang seiring dengan proses integrasi ASEAN dan untuk menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). Antara fungsi ACMMSME adalah sebagai platform bagi: Melangkah ke era Komuniti Ekonomi ASEAN, di peringkat serantau, program dan inisiatif pembangunan PKS akan berpandukan pelan yang dibangunkan oleh ACCMSME yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Strategik ASEAN untuk Pembangunan PKS 2016-2025 (SAPSMED 2025). 1. Pusat Perkhidmatan PKS ASEAN Pusat Perkhidmatan PKS ASEAN menyediakan maklumat dan perkhidmatan mengenai produktiviti, teknologi, inovasi, akses pasaran, pengantarabangsaan, kewangan, dasar, pembangunan modal insan dan lain-lain. Perkembangan terkini dan aktiviti yang berkaitan dengan PKS di rantau ASEAN juga boleh didapati di laman web ini. http://www.aseansme.org/home 2. Akademi PKS ASEAN Akademi PKS ASEAN menyediakan maklumat dan sumber latihan perniagaan untuk menyokong pembangunan dan pengantarabangsaan di kalangan PKS di rantau ASEAN. Akademi ini berfungsi untuk meningkatkan perkhidmatan pembangunan perniagaan kepada PKS melalui pelbagai kursus dan maklumat perniagaan yang boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet. 3. Repositori Perdagangan ASEAN (ATR) Repositori Perdagangan ASEAN (ATR) menyediakan maklumat berkaitan perdagangan bagi negara anggota ASEAN. Ianya merupakan platform atas talian di peringkat ASEAN yang menyediakan pautan dengan pelbagai Repositori Perdagangan Kebangsaan (NTR) yang mengandungi maklumat dan kandungan sebenar berkaitan perdagangan di peringkat negara ASEAN. Struktur ATR membolehkan capaian maklumat berkaitan perdagangan dapat diakses dari setiap Negara Anggota ASEAN mengikut topik carian. 4. ASSIST - Penyelesaian ASEAN bagi Pelaburan, Perkhidmatan dan Perdagangan Mekanisme ASSIST ditubuhkan untuk melaksanakan Rundingan ASEAN bagi membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan Perdagangan dan Pelaburan (ACT) di bawah Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) berdasarkan sistem SOLVIT Kesatuan Eropah. ASSIST tidak berurusan dengan mana-mana isu seperti:ASEAN Inclusive Business (IB) Awards
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan di bawah;
https://asean.org/wp-content/uploads/2021/09/6.-ASEAN-IB-Promotion-Guidelines-Endorsed-at-the-52nd-AEM.pdf
ASEAN IB Awards Recipients
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-9 pada tahun 2003, Pemimpin-pemimpin ASEAN memutuskan untuk mengwujudkan Komuniti ASEAN. Semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 pada bulan Januari 2007, para Pemimpin mengesahkan komitmen negara anggota dan menandatangani Deklarasi Cebu bagi mempercepatkan penubuhan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015.KOMUNITI ASEAN
KOMUNITI EKONOMI ASEAN
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN ASEAN BAGI PERUSAHAAN MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA (ACCMSME)
Pada 21 Januari 2016, SMEWG telah diangkat sebagai Jawatankuasa Penyelarasan ASEAN bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana atau ACCMSME untuk menggambarkan skop kerja yang turut merangkumi enterpris mikro serta keperluan untuk membuka keanggotaan jawatankuasa dari bidang-bidang lain. Mesyuarat ACCMSME diadakan dua kali setahun dan negara anggota ASEAN akan mengambil giliran sebagai tuan rumah.
Pelan Tindakan Strategik ASEAN untuk pembangunan PKS 2016 - 2025 boleh dimuat turun di https://asean.org/storage/2015/12/SAP-SMED-Final.pdfPEMBANGUNAN PKS ASEAN
Akademi ini menawarkan pelbagai latihan seperti kewangan / perakaunan, pengurusan, pemasaran, operasi, teknologi dan perdagangan / logistik. Ia juga membantu PKS untuk mencari peluang rangkaian dan mendapatkan akses kepada maklumat serantau bagi mengembangkan dan meningkatkan perniagaan mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Akademi PKS ASEAN, sila layari laman sesawang dan infografik di http://www.asean-sme-academy.org/
Maklumat berkaitan perdagangan boleh diakses melalui ATR yang disusun mengikut sembilan topik selaras dengan Artikel 13 Perjanjian Perdagangan Perdagangan ASEAN (ATIGA). Kesemua maklumat juga boleh didapati di NTR Negara-Negara Anggota ASEAN yang diselenggarakan oleh Kerajaan masing-masing.
Maklumat yang terdapat di ATR boleh diakses berdasarkan 'topik' dan 'negara' (iaitu, sepuluh Negara Anggota ASEAN). Sembilan Topik yang boleh diakses adalah berikut:
ATR juga menyediakan pautan ke laman sesawang Konsultasi ASEAN yang menyelesaikan Isu Perdagangan dan Pelaburan. https://atr.asean.org/
Jenis-jenis isu yang boleh dibantu oleh ASSIST?
• Berkaitan isu tarif dan bukan tarif yang mempengaruhi barangan;
• Isu dalam bidang perkhidmatan rentas sempadan; dan
• Langkah menghadkan pelaburan dalam pelbagai sektor integrasi ASEAN
Pelan Tindakan Strategik ASEAN untuk pembangunan PKS 2016- 2025
Bermula Januari 2014, Kumpulan Kerja PKS ASEAN telah membangunkan Pelan Tindakan Strategik ASEAN untuk Pembangunan PKS 2016-2025 (SAP SMED 2025).
Pelan ini melibatkan pendekatan holistik ke arah pembangunan PKS di rantau ini bagi merapatkan jurang pembangunan, terutamanya dari segi ekonomi untuk integrasi yang lebih baik. Kumpulan Kerja PKS ASEAN (ASEAN SMEWG) telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA) bagi menghasilkan Indeks Dasar PKS untuk ASEAN. Hasilnya, beberapa jurang telah dikenalpasti berhubung dengan ekosistem pembangunan PKS di kalangan AMS, terutamanya antara negara-negara ASEAN-6 dan CLMV (Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam).
Dalam menangani jurang tersebut, SAP SMED 2025 berhasrat meningkatkan daya tahan PKS ASEAN dalam persekitaran ekonomi yang semakin kompetitif dan menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka melalui visi "PKS Global yang Kompetitif dan Inovatif". Pelan ini akan menjadi game changer untuk Pembangunan PKS di rantau ASEAN untuk tempoh 10 tahun akan datang. SAP SMED 2025 akan menggalakkan pembangunan usahawan dan PKS dan memudahkan integrasi ke rantaian nilai serantau dan global.Penerbitan ACCMSME
https://asean.org/storage/2012/05/Formalisation-of-Micro-Enterprises-in-ASEAN-POLICY-INSIGHT-2020-final-3.pdf
https://www.unescap.org/sites/default/d8files/event-documents/Competition%20Policy%20and%20Strengthening%20MSMEs%20in%20ASEAN.pdf
https://asean.org/storage/2012/05/Policy-Insight-Enterprise-Policy-Responses-to-COVID-19-in-ASEAN-June-2020.pdf
https://investinginwomen.asia/knowledge/asean-gender-outlook-2021/
https://asean.org/storage/2012/05/Alternative-Financing-Instruments-for-ASEAN-SMEs.pdf