Apabila integrasi ekonomi serantau terus dibentuk dan diperkuat, APEC 2015 akan menyesuaikan polisi dan inisiatif melalui pelaksanaan strategi pertumbuhan terangkum. Oleh itu, integrasi bukan sahaja didefinisikan dan dimajukan untuk memberi manfaat kepada negara-negara tetapi juga kepada orang ramai yang memacu pertumbuhan ekonomi tersebut. APEC 2015 bermatlamat untuk menggalak dan memajukan pertumbuhan inklusif di rantau Asia-Pasifik. Maka, tema APEC 2015 adalah “Membina Ekonomi Inklusif, Membina Dunia Lebih Baik”. Sumbangan ekonomi berbeza dari setiap ekonomi seperti yang terpapar di graf di atas. Latarbelakang APEC
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) adalah salah satu forum ekonomi terkemuka di rantau Asia Pasifik yang bermatlamat untuk menyokong pertumbuhan ekonomi mampan serta kemakmuran di rantau ini. PKS terdiri daripada lebih 97 peratus jumlah keseluruhan perusahaan dan mengambil pekerja lebih daripada separuh jumlah tenaga kerja di seluruh rantau ekonomi APEC. PKS menyumbang dengan ketara terhadap pertumbuhan ekonomi, dengan sumbangan PKS kepada KDNK berjumlah antara 20 peratus hingga 50 peratus dalam majoriti ekonomi APEC. Walau bagaimanapun, PKS hanya menyumbang sebanyak 35 peratus atau lebih dalam eksport secara terus.
21 anggota ekonomi telah bekerjasama dengan rapat untuk membina komuniti Asia-Pasifik yang dinamik dan harmoni dengan memperjuangkan perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka, mempromosikan dan mempercepatkan integrasi ekonomi serantau, menggalakkan kerjasama ekonomi dan teknikal, meningkatkan keselamatan manusia serta memudahkan persekitaran perniagaan yang mampan dan disenangi. Inisiatif kami bertukar menjadi matlamat dasar yang mempunyai kesan yang jelas serta menjadi perjanjian bermanfaat yang nyata.
Untuk maklumat lanjut berkenaan APEC, sila layari pautan berikut http://www.apec.org/Peranan SME Corp. Malaysia dalam APEC
SME Corp. Malaysia adalah anggota yang aktif serta mewakili Malaysia dalam Kumpulan Kerja PKS Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik. Kumpulan kerja ini bermesyuarat dua kali setahun untuk merancang dan merangka inisiatif yang akan memanfaatkan PKS di seluruh 21 anggota ekonomi APEC. Melalui penglibatan kami dalam APEC, kami dapat bekerja dengan kumpulan-kumpulan kerja yang berbeza dalam membawa PKS ke mercu hadapan dengan meletakkan penanda aras bagi negara kita mengikuti amalan terbaik, tren perdagangan dan pelaburan serta polisi negara-negara membangun dan maju. Kami juga bekerja rapat dengan kumpulan kerja untuk merangka pelan pembangunan dan inisiatif yang memanfaatkan PKS bukan sahaja di dalam negara tetapi juga bagi ekonomi-ekonomi yang lain secara bersama.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Kumpulan Kerja PKS APEC, sila layari pautan berikut:
http://www.apec.org/Groups/SOM-Steering-Committee-on-Economic-and-Technical-Cooperation/Working-Groups/Small-and-Medium-Enterprises.aspx APEC 2015
Di bawah tema “Membina Ekonomi Inklusif, Membina Dunia Lebih Baik,” APEC 2015 akan memberi tumpuan kepada keutamaan berikut:
- Meningkatkan agenda integrasi ekonomi serantau
- Memupuk penyertaan perusahaan kecil dan sederhana dalam pasaran serantau dan global
- Melabur dalam pembangunan modal insan
- Membina komuniti yang mampan dan berdaya tahan
Sumbangan Ekonomi PKS
Sumber daripada Unit Sokongan Polisi APEC
Untuk statistik yang lebih terperinci berkenaan setiap anggota ekonomi, penunjuk-penunjuk utama, dan rantaian dua hala, sila layari pautan berikut http://statistics.apec.org/Kumpulan Kerja PKS APEC
Bidang Keutamaan
Berikut merupakan inisiatif-inisiatif yang menyokong setiap bidang keutamaan berikut:
i. Membina Pengurusan Keupayaan, Keusahawanan dan Inovasi
Inisiatif Mempercepatkan Potensi Syarikat Mula Bina APEC
Dilancarkan pada awal 2013, projek jangka sederhana ini telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan perusahaan baru mula di rantau APEC. Semasa tahun pertama, Sidang Kemuncak Kepimpinan Mempercepatkan Syarikat Baru Mula dan Cabaran APEC pertama telah ditubuhkan di Taipei, China pada Ogos 2013. Forum Mempercepatkan Jaringan APEC telah ditubuhkan pada Mac 2014 dan mempunyai 44 anggota daripada 14 ekonomi APEC.
Membaik pulih daya tahan bencana alam PKS APEC untuk memudahkan Perdagangan dan Pelaburan
Matlamat utama projek ini adalah untuk membantu PKS bagi menghadapi bencana alam melalui perancangan perniagaan yang berterusan. Hasil utama bagi projek ini setakat ini termasuklah Buku Panduan untuk Mempromosikan Perancangan Perniagaan Berterusan (BCP) bagi PKS, sebuah model 10 langkah untuk membantu perniagaan membangunkan perancangan perniagaan secara berterusan. Buku panduan ini telah diterjemahkan kepada 6 bahasa, memudahkan kebolehcapaian untuk 40% daripada populasi dunia.
Menggalakkan Keusahawan Wanita dan Perniagaan Hijau
Di samping itu, SMEWG telah menjalankan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan keusahawan wanita seperti Bengkel berkenaan PKS dinamik: Ketidakformalan dan Keusahawanan Wanita, Bengkel untuk Menggalakkan Perniagaan Baharu oleh Satu Kampung, Satu Produk, dan Kursus “Train-the-Trainer” untuk Pengeksport Perkhidmatan bagi PKS Wanita. Perniagaan inovatif dan hijau adalah fokus lain dalam Kumpulan Kerja.
ii. Pembiayaan
Menangani halangan-halangan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro untuk Akses kepada Pembiayaan Perdagangan
Dialog pertukaran maklumat tentang halangan-halangan yang dihadapi oleh PKS dan perusahaan mikro dalam mendapatkan akses kepada pembiayaan perdagangan agar dapat lebih mudah berintegrasi ke dalam pasaran serantau dan antarabangsa; serta membangunkan set cadangan-cadangan, sebagai bahan rujukan untuk negara-negara anggota APEC dan SMEWG, untuk menangani halangan-halangan tersebut.
Mengenalpasti dasar-dasar kerajaan dan menggalakkan pelaburan modal teroka di ekonomi-ekonomi APEC
Objektif projek ini adalah membaik pulih akses kepada pembiayaan modal teroka untuk PKS-PKS APEC yang inovatif bagi membina kefahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ekonomi-ekonomi APEC dalam membangunkan kewujudan modal teroka tempatan dan antarabangsa.
iii) Persekitaran perniagaan, akses pasaran dan pengantarabangsaan
Menggalakkan etika perniagaan untuk PKS dalam sektor peranti perubatan, pembinaan dan bio-farmaseutikal
Amalan-amalan perniagaan beretika adalah kunci untuk mengawal interaksi yang rapat antara professional industri dan professional perubatan, yang selalunya membawa kepada percanggahan kepentingan. Lebih-lebih lagi, amalan tidak beretika memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan kos. Sejak 2011, projek berbilang-tahun tentang Pembinaan Kapasiti bagi Perniagaan Beretika PKS bagi Sektor Peranti Perubatan, Pembinaan dan Bio-farmaseutikal telah membangunkan kod –kod etika dalam tiga sektor ini dan mewujudkan salah satu jaringan mentor etika yang terbesar di rantau Asia-Pasifik.
Siri Forum Etika Perniagaan APEC untuk PKS
APEC SMEWG turut melaksanakan Siri Forum Etika Perniagaan APEC untuk PKS, di mana mesyuarat pertama telah dianjurkan dengan tema “Membina Kapasiti Etika untuk PKS”. Objektif projek ini ialah memudahkan kerjasama serantau yang mengukuhkan amalan-amalan perniagaan beretika, dengan penekanan terhadap PKS, menerusi pembinaan kapasiti dan perkongsian amalan terbaik, menyediakan platform untuk menangani cabaran-cabaran etika perniagaan yang baharu dan perniagaan meningkat naik; serta menggalakkan dialog berterusan tentang peranan-peranan kesemua pemegang kepentingan dalam memastikan persekitaran perniagaan yang beretika.
Memudahkan Integrasi PKS ke dalam Rantaian Nilai Global
Bengkel ini adalah siri pertama dalam menggalakkan penyelesaian yang boleh guna dan kos efektif dalam membantu memudahkan integrasi syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana ke dalam Rantai Nilai Global (GVCs), khususnya dengan memanfaatkan hubungan PKS dengan syarikat-syarikat multinasional.Mesyuarat Kementerian PKS APEC
Memandangkan 98.5% daripada perusahaan perniagaan di Malaysia terdiri daripada PKS, maka adalah penting bagi Malaysia untuk terlibat secara aktif di peringkat antarabangsa untuk membincangkan tentang pembangunan PKS bersama-sama ekonomi APEC yang lain bagi memastikan perkembangan kita adalah sejajar dengan perkembangan global dan sentiasa mengetahui perkara terkini di peringkat global bagi memastikan kemampanan PKS kita.
Mesyuarat Kementerian PKS APEC membincangkan 3 sub-tema iaitu:
i) Menggalakkan Pertumbuhan Inklusif melalui Pengukuhan dan berdaya tahan PMKS
Menteri-menteri membincangkan penubuhan institusi sokongan untuk meningkatkan penyertaan PMKS APEC dalam perdagangan antarabangsa dan rantaian nilai global (GVCs). Negara-negara membangun APEC adalah tempat terbaik untuk menerima nasihat dasar, kerjasama teknikal daripada dan antara negara yang lebih maju dalam rantau ini menerusi program kapasiti, perkongsian amalan terbaik dan aktiviti-aktiviti jaringan.
ii) Memajukan Pemodenan dan Piawaian dan Pematuhan PMKSMenteri-menteri menyatakan kebimbangan dalam usaha untuk meningkatkan daya saing PMKS. Dengan menyokong kemodenan PMKS melalui penggunaan teknologi baru dan amalan inovatif dapat membantu sektor untuk patuh kepada keperluan dan piawaian pasaran yang semakin bertambah yang kritikal untuk meningkatkan PMKS dalam rantaian nilai.
iii) Menangani Halangan Pemudahcara Kemasukan PMKS ke PasaranPerbincangan menteri berkisar tentang membaik pulih persekitaran perniagaan dan meningkatkan peluang-peluang kepada PMKS. PMKS adalah bertanggungjawab terhadap sejumlah besar keuntungan dan guna tenaga di rantau Asia-Pasifik.
Perkara mengenai tindakan baharu untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Asia-Pasifik telah digariskan secara terperinci dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Menteri-menteri daripada 21 anggota ekonomi-ekonomi APEC berikutan tamatnya Mesyuarat Menteri APEC 2015 di Manila.
Kenyataan Bersama Menteri-Menteri boleh didapati melalui pautan berikut:
http://www.apec.org/Meeting-Papers/Ministerial-Statements/Annual/2015/2015_amm/
http://www.apec.org/Press/News-Releases/2015/1117_JMS.aspx