Bahasa: Lain-lain

Program National Mark of Malaysian Brand

 

SME Corporation Malaysia dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah membangunkan National Mark of Malaysian Brand, skim pensijilan yang melambangkan kualiti, kecemerlangan dan keunggulan produk dan perkhidmatan syarikat Malaysia. Melalui usaha ini, Kerajaan berharap dapat mengubah tanggapan bahawa produk PKS adalah berkualiti rendah, kurang keutuhan  dengan piawaian pembungkusan yang rendah berbanding jenama besar. Dengan pensijilan National Mark of Malaysian Brand, PKS Malaysia dapat membina kredibiliti dan reputasi untuk kualiti yang setanding. National Mark of Malaysian Brand telah dilancarkan pada tahun 2009 oleh yang terdahulunya, Raja Muda Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah Muhibbuddin.

 

Di bawah program ini, syarikat Malaysia akan dinilai berdasarkan piawaian yang ketat, di mana langkah-langkah pengauditan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan kepada piawaian kualiti yang ditetapkan. Sekiranya berjaya, produk atau perkhidmatan akan diberi hak keistimewaan untuk menggunakan tanda jenama National Mark of Malaysian Brand untuk tempoh dua tahun. Untuk mengekalkan pensijilan ini, pengauditan dan pemantauan akan dilakukan secara berkala bagi memastikan pematuhan kepada kriteria yang ditetapkan. Pelbagai aktiviti promosi perdagangan turut diadakan bagi membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan syarikat yang telah menerima pensijilan National Mark of Malaysian Brand.

 

Untuk memperolehi pensijilan Malaysian Brand, yuran pemprosesan akan dikenakan sebagai kos pengauditan.

 

Kriteria Kelayakan

  1. Syarikat perlu memperoleh Perakuan Status PMKS daripada SME Corp Malaysia
  2. Syarikat memperolehi sekurang-kurangnya penarafan 3-Bintang di bawah program SCORE SME Corp Malaysia
  3. Mempunyai pensijilan piawaian antarabangsa dan setaraf
  4. Perniagaan yang diperbadankan / didaftarkan
  5. Pemilikan Malaysia ≥ 60%
  6. Beroperasi di premis perniagaan yang diiktiraf oleh PBT
  7. Memiliki jenama yang berdaftar
  8. Mempunyai Penyata Akaun 3 tahun yang telah diaudit
  9. Syarikat harus mempunyai identiti Malaysia termasuk nama syarikat, jenama dan / atau logo jenama. Selain itu, syarikat harus mempunyai unsur / identiti / budaya Malaysia dan tidak dilihat mempromosi produk / perkhidmatan dari negara lain.

 

Manfaat

  • Mendapat liputan media eksklusif;
  • Memudahkan akses syarikat bagi promosi perdagangan tempatan dan antarabangsa serta aktiviti pengiklanan dan promosi yang dianjurkan oleh Kementerian dan agensi; dan
  • Jemputan untuk menghadiri latihan / program khusus yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dan rakan kerjasama.

 

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai skim pensijilan National Mark of Malaysian Brand, sila layari www.nationalmark.gov.my atau hubungi:

Urusetia National Mark of Malaysian Brand di SME Corp. Malaysia 

  • Ms. Siti Norzaihar Waharudin, 03-2775 6268 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Urusetia National Mark of Malaysian Brand di SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

  • En. Loo Soon Khai (03-55445678 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  • Pn. Hartini Mohd Soume (03-5544 6483 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  • En. Arifuddin Abdullah (03-5544 6471 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

Muat turun borang :

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI