Bahasa: Lain-lain

Hab PKS

ORC logo final

 

Hab PKS merupakan platform bagi PMKS dan usahawan untuk memperoleh pengetahuan mengenai perniagaan, mempelajari amalan terbaik perniagaan, serta mendapatkan maklumat penting mengenai permulaan perniagaan, akses kepada pasaran, pembangunan modal insan, sumber kewangan, perkembangan terkini industri dan pelbagai aspek perniagaan yang lain.

Hab PKS bertujuan untuk melengkapkan PMKS dengan maklumat terkini dan pengetahuan yang tepat serta tertumpu bagi membantu pembangunan PMKS di Malaysia. Pada mulanya, kaedah untuk memperoleh maklumat berkaitan keusahawanan adalah terhad. Namun itu, menerusi Hab PKS, PMKS kini boleh mengakses maklumat berkaitan secara dalam talian dan juga luar talian.

Di samping itu, bagi memastikan inisiatif ini meliputi PMKS di kawasan luar bandar, ‘Hab PKS Bergerak’ telah diwujudkan bagi membantu menyediakan khidmat nasihat perniagaan kepada PMKS yang berada di kawasan-kawasan ini.

Maklumat yang disediakan menerusi platform ini tidak terbatas kepada program yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia, tetapi juga program di bawah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang terdiri daripada TEKUN, INSKEN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKM), SME Bank, Bank Rakyat, UDA Holdings, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta pelbagai institusi kewangan yang lain.

Antara rangkaian perkhidmatan yang disediakan di Hab PKS meliputi:

  •  Khidmat Nasihat Perniagaan
  • Pautan Hab PKS (kerjasama antara agensi Kerajaan dan agensi yang lain)
  • Pocket Talk
  • Pusat Maklumat (Emel Info, Talian Info);
  • Pusat Sumber
  • Galeri Produk PMKS
  • Hab PKS Maya (Laman web SME Corp. Malaysia, Portal SMEinfo dan Portal MyAssist MSME)


TERKINI!
PMKS yang ingin mendapatkan khidmat nasihat secara hybrid boleh melayari www.myassist-msme.gov.my untuk mendapatkan khidmat nasihat bersama kaunselor perniagaan menggunakan ciri MeetME secara dalam talian.


Kunjungi Kami di :  Waktu Operasi :

Tingkat 4, SME 1, Blok B
Platinum Sentral,  Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR
Talian Info : 1-300-30-6000
Talian Faks : 03-2775 6001

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi - 5.00 petang

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

1-300-30-6000 (Talian Info)

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI