Bahasa: Lain-lain

Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA)

Objektif SMEIPA
SME Corp. Malaysia sebagai agensi penyelaras pusat (CCA) telah ditugaskan untuk mengkaji serta meningkatkan koordinasi dan melancarkan pengumpulan data. Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) telah diperkenalkan untuk memudahkan:

  1. Penyelarasan perancangan dasar PKS
  2. Pelaksanaan program pembangunan PKS
  3. Pemantauan serta penilaian prestasi dan pencapaian
Definisi Bidang Tumpuan
1. Pelan Induk PKS 2012 – 2020 dijadikan sebagai asas kukuh dalam pembangunan PKS melalui rangka kerja yang menyeluruh. Program pembangunan PKS dikategorikan di bawah bidang tumpuan yang telah ditetapkan dalam Pelan Induk PKS iaitu Akses kepada Pembiayaan, Akses kepada Pasaran Pembangunan Modal Insan, Penerapan Inovasi dan Teknologi, Infrastruktur serta Persekitaran Perundangan dan Kawal Selia.

2. Akses kepada Pembiayaan
Program pembangunan PKS dalam kategori ini adalah menjurus kepada bantuan kewangan atau pembiayaan kepada PKS. Ini termasuk pembiayaan mikro, pinjaman mudah dan kredit, geran, skim jaminan, modal teroka, modal kerja dan pembiayaan ekuiti.

3. Akses Pasaran
Program pembangunan PKS dalam kategori ini adalah ditumpukan pada memastikan kelestarian kepada akses kepada maklumat, promosi domestik dan antarabangsa, inisiatif penjenamaan, pembangunan vendor, persijilan dan rantaian nilai.

4. Pembangunan Modal Insan
Program Pembangunan PKS di bawah kategori ini adalah termasuk latihan dalam memupukkan keusahawanan, pembangunan keusahawanan, peningkatan kemahiran, pembangunan tenaga kerja dan juga sokongan kepada permulaan perniagaan.

5. Penerapan Inovasi dan Teknologi
Program pembangunan PKS dalam kategori ini adalah ditumpukan kepada pembangunan produk, penambahbaikan produktiviti, pemindahan teknologi, nasihat teknikal, pembangunan, penyelidikan dan pengkomersilan (R&D&C).

6. Infrastruktur
Program pembangunan PKS dalam kategori ini adalah ditumpukan kepada pembinaan atau menaik taraf premis perniagaan dan utiliti, inkubator serta jalur lebar. Semua infrastruktur fizikal dalam peringkat pembinaan samada pembinaan baru atau naiktaraf perlu dilaporkan untuk tujuan pemantauan pelaksanaan. Di samping itu, Kementerian juga dipohon untuk melaporkan semua kemudahan infrastruktur fizikal yang sedia ada bagi membolehkan pemantauan dibuat mengenai jumlah unit dan kadar pengisian (occupancy rate).
Bagi infrastruktur maklumat (information infrastructure) dan infrastruktur pengawalan (regulatory infrastructure), pelaporan hanya perlu dibuat bagi program dalam peringkat pembinaan. Infrastruktur sedia ada tidak perlu dilaporkan.

7. Persekitaran Perundangan dan Kawal Selia
Program pembangunan PKS dalam kategori ini adalah menjurus kepada pematuhan kepada undang-undang terpakai, polisi dan perundangan.



Senarai Program Mengikut Bidang Tumpuan serta Hyperlink/Useful Links kepada laman web Kementerian dan Agensi
  • Program Keusahawanan & Pembangunan PKS
    Program yang disediakan oleh Kementerian dan Agensi berkaitan di bawah lima (5) Bidang Tumpuan:
    • Akses kepada Pembiayaan
    • Pembangunan Modal Insan
    • Akses Pasaran
    • Penerapan Inovasi dan Teknologi
    • Infrastruktur



HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-9213 0077
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

 

jata negara medac
Tekun2 Institut Keusahawanan Negara SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI